‘Panglima’ Zahid bidas Tajuddin

Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno membidas dakwaan Tajuddin Abdul Rahman yang pemimpin parti itu mengalami ‘sindrom bisu’ kerana tidak berani bersuara dalam isu nasional.

Razlan Rafii sebaliknya mempersoalkan agenda bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu yang bersuara secara tiba-tiba selepas ‘hilang dari radar’ sejak digantung keahliannya lebih 18 bulan lalu.

Tegasnya, sebelum menuduh pemimpin Umno tidak bekerja keras untuk mengembalikan sokongan rakyat, Tajuddin sepatutnya membantu Presiden Zahid Hamidi apatah lagi beliau telah bersuara enggan meninggalkan parti.



“Berhubung tuduhan pemimpin Umno senyap, saya ingin bertanya kepada beliau siapakah yang bersuara dalam isu stoking tertera kalimah Allah? Parti manakah dalam kerajaan yang terus menyuarakan mengenai kepentingan Melayu dan Bumiputera?

“Contoh paling jelas kejayaan pelaksanaan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 adalah hasil cetusan dan pemikiran dari Umno yang serius memperjuangkan ekonomi bangsa,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Tajuddin mendakwa ‘sindrom bisu’ sedang melarat di kalangan ahli dan pemimpin Umno kerana tidak berani bersuara dalam isu nasional seperti masalah kos sara hidup dan ekonomi rakyat.

Beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap masa depan Umno kerana pimpinannya disifatkan gagal mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap parti itu selepas berdepan kekalahan paling teruk pada PRU15.



Tajuddin, ahli politik kontroversi digantung keahlian selama enam tahun pada Oktober 2022 selepas beliau secara terbuka mengkritik Umno berikutan penyingkirannya sebagai ahli MKT pada Jun tahun yang sama.

Beliau juga menggesa Zahid meletakkan jawatan selepas penyingkirannya. Namun rayuannya ditolak MKT pada 5 Jan tahun lalu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir

Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri



Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong

Wanita tikam mati lelaki ketika lakukan seks



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker