Dr Akmal ditahan polis

Dr Akmal ditahan polis

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini.

Perkara itu dikongsi Akmal di Facebooknya namun tidak menjelaskan lanjut sebab dia ditahan.

“Saya telah ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun dijadualkan memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.

“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata penahanan Akmal susulan dua laporan diterima terhadap ucapan dan tindakannya berhubung isu stoking kalimah Allah.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1958 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan dijalankan ke atas beliau dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara setelah semua tindakan melengkapkan siasatan diambil.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak membangkitkan isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah ini memandangkan mereka yang terlibat telah pun dituduh dan proses keadilan akan ditentukan oleh mahkamah,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Akmal mendesak rangkaian kedai serbaneka KK Mart diboikot susulan beberapa gambar stoking tertera kalimah Allah ditemui di cawangan di Bandar Sunway.

Akmal menentang keras KK Mart walaupun pihak terbabit membuat permohonan maaf dan tindakan undang-undang diambil terhadap pengasas serta pengarah syarikat itu KK Chai serta Loh Siew Mui.

Tindakan Akmal menerima kritikan banyak pihak termasuk bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menyarankannya “stand down” terhadap isu itu.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim juga bertitah supaya tidak memanjangkan kontroversi itu. FMT

Dr Akmal ditahan polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir

Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri

Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong

Wanita tikam mati lelaki ketika lakukan seks

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker