Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong

Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dinasihatkan agar tidak terus bercakap bohong dan menabur fitnah terhadap bekas isterinya, Fitria Elfina Maharip , 44, dalam isu penjagaan dua anak mereka.

Teguran itu dibuat kakaknya, Normalayati, 53, apabila Safee sering memberikan fakta terbalik termasuk mendakwa Fitria enggan memberi kerjasama untuk melihat dua anaknya yang berusia tujuh dan sembilan tahun sebelum ini.



Malahan, katanya, ramai adik-beradiknya tidak bersetuju dengan tindakan Safee termasuk bernikah secara senyap-senyap dan mengambil dua anaknya sebelum ini.

Normalayati merupakan anak ketiga, manakala Safee pula anak kelapan daripada 12 adik-beradik.

“Saya lihat sendiri bukti dan jangan tuduh dan fitnah (bekas) isteri. Kau (Safee) yang pusing fakta dan bohong. Saya cuma nak cakap supaya dia betulkan apa yang salah.

“Fitria orang yang paling tepat (untuk) jaga anak sebab Safee terlalu sibuk. Semoga kemenangan berpihak kepada Fitria,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Mahkamah Syariah di sini hari ini.



Normalayati yang merupakan pengamal perubatan Islam memaklumkan, dia sudah berulang kali memujuk Safee berhubung perkara tersebut, namun tidak diendahkan malah menuduhnya kerana menyokong Fitria.

“Saya tidak sokong sesiapa, cuma saya nampak apa yang salah itu perlu diperbetulkan. Adik saya sebetulnya bukan sebegini. Itu bukan dia,” tegasnya.

Beliau turut menolak konflik termasuk penceraian yang menimpa Fitria adalah sebagai karma memandangkan wanita itu adalah isteri kedua yang dinikahi Safee pada 21 Disember 2013.

Sebelum ini, Safee mendirikan rumah tanga dengan Sabarina Yusoff pada 2007 sebelum berpisah lima tahun kemudian.



“Sebenarnya tiada urusan karma pun, cuma tutup karma itu sebab dia (Fitria) bukan salah pun. Kisah lama jangan buka nanti akan malu semua pihak.

“Cuma saya hendak cakap Fitria bukan penyebab karma, bukan penyondol dan bukan penyebab rumah tangga itu roboh.

“Ada di sebaik cerita, cukup saya katakan biarlah berahsia,” ujarnya.

Sementara itu, Fitria turut menyatakan dia tidak mengambil kisah pandangan atau percakapan orang lain terhadapnya berhubung andaian karma itu.



“Itu saya tidak mahu komen, biar apa cakap apa sahaja kepada saya. Itu urusan dia dengan Allah. Saya berharap dapat berjumpa dan beraya bersama anak-anak saya yang sudah dua bulan tidak jumpa ini” katanya.

Jelasnya, dia juga tidak mempunyai sebarang akses atau peluang untuk berhubung dengan anaknya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan sebelum ini.

“Kalau boleh, saya mahu dapat hak penjagaan interim dan kekal anak-anak” ujarnya.

Dalam pada itu, Peguam Syarie Fauzan Ziman Hassan mewakili Fitria Elfina memaklumkan hari ini adalah prosedur sebutan kali pertama interim hadanah dan laporan notis permohonan.



“Pemohon dalam kes interim ini adalah pihak Safee Sali dan kita adalah responden. Peringkat hari ini, kita maklumkan notis permohonan itu dan tarikh sebutan pada 5 Ogos depan akan digunakan bagi memasukkan jawapan pada permohonan tersebut,” katanya. K Online

Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk

Datuk Red mengaku ‘scammer’

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024

‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker