Anak Hadi permainkan al-Quran – AMK Wilayah
Khalil Hadi mengubah ayat Quran kepada perkataan Inggeris
Anak Hadi permainkan al-Quran – AMK Wilayah
Pemuda PKR Wilayah Persekutuan mendakwa anggota jawatankuasa PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi mempermainkan ayat al-Quran ketika mengulas isu perkataan kafir di media sosial.
Ia susulan tindakan anak presiden PAS Abdul Hadi Awang itu menulis hantaran di Facebook berbunyi “Qul ya ayyuha al-qafiruun atau Qul ya ayyuhal non-muslim” (Katakanlah wahai orang-orang kafir atau katalah wahai orang-orang bukan Islam).
“Qul ya ayyuha al-qafiruun” adalah ayat daripada surah al-Kafirun yang menerangkan berkaitan perbezaan antara sembahan dan ibadat orang Islam dan kafir.
Ketua penerangan AMK Wilayah Muhammad Azha Salahudin berkata tindakan Khalid itu biadab dan tidak menghormati kalimah ayat suci al-Quran.
“Sebagai seorang ahli dewan undangan negeri (Adun) dan anak kepada presiden PAS, beliau seharusya lebih memahami sensitiviti umat Islam di Malaysia dan tidak menjadikan ayat al-Quran sebagai modal politik murahan terutama sekali di bulan Ramadan yang mulia ini,” kata Azha.
Katanya, perbezaan pendapat harus diraikan dengan perbincangan lebih matang dan terbuka berlandaskan ilmu, bukan mengambil kesempatan “menukar dan mempermainkan ayat suci al-Quran hanya untuk meraih keuntungan politik”.
Khalil yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk menulis status kontroversi itu beberapa hari lepas.
Bagaimanapun hantaran itu tidak lagi kelihatan selepas menerima banyak kecaman.
Dia dipercayai mengulas kontroversi kenyataan menteri pendidikan Fadhlina Sidek yang mengharamkan perkataan kafir dalam rumahnya.
Fadhlina menjelaskan dia tidak mengharamkan perkataan yang digunakan dalam al-Quran itu, sebaliknya menyarankan panggilan sesuai dalam kehidupan seharian.
Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Azha berkata sikap “munafik” PAS semakin jelas apabila pemimpinnya tidak memberikan teguran atau mengambil sebarang tindakan terhadap Khalil.
Mk sedang cuba mendapatkan respon lanjut Khalil berhubung perkara itu. Mk
Anak Hadi permainkan al-Quran – AMK Wilayah
Baca Artikel Menarik:
- Telur Netanyahu bengkak
- Gigi Hadid kantoi minta Starbucks
- Neelofa, PU Riz semakin ‘rosak’ di media sosial
- Nabi pun tak panggil orang kafir itu kafir – UAI (Video)
- Search rakam lagu raya buat kali pertama
- Roy perlu bantuan, ibu jari kaki dah reput
- Saya tak nak gaduh – Shidee
- Zafrul letak jawatan bendahari Umno Selangor
- Ini tujuan pembunuh dari Israel datang ke Malaysia
- Isu tolak perkataan Kafir, Menteri Pendidikan mohon maaf
- Influencer fitnah peniaga, penganjur Bazar Ramadan buat laporan polis
- Kes Jana Wibawa: Muhyiddin tarik ‘handbrake’ di Mahkamah Persekutuan
- Akmal pertahan MB Johor isu kesesakan di Tambak Johor
- Masalah air selesai lagi 3 tahun? Cukup lah perbodohkan rakyat Kelantan
- Terbaik Putin, LGBT kini dianggap sebagai pengganas di Rusia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin
You must be logged in to post a comment.