Kurma Butter bawa penyakit

Kurma Butter bawa penyakit

Hidangan tular kurma yang dicampur dengan ‘butter’ (mentega) dikhuatiri membawa lebih banyak mudarat berbanding kebaikan kepada tubuh badan.

Menurut Public Health Malaysia, ia kerana mentega mempunyai lemak tepu dan kalori yang tinggi.

“Satu biji kurma campur mentega bersamaan dengan satu senduk nasi. Nak makan tiada masalah, untuk pengambilan kerap dan banyak tidak baik untuk kesihatan,” katanya di Facebook, hari ini.

Semalam, makanan tersebut menjadi tular susulan perkongsian bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi media sosial Maktabah Al-Bakri.

Beliau berkata, tamar atau kurma kering dengan mentega merupakan makanan kegemaran Rasullullah SAW.

Mengulas lanjut, pakar dietetik, Nur Aiman Taslim berkata, kurma yang dicampur mentega boleh dimakan ketika bersahur, namun tidak digalakkan diambil secara berlebihan.

Nur Aiman berkata, memadai untuk makan tiga hingga empat biji kurma dengan satu sudu teh kecil (mentega) sahaja bagi setiap biji kurma yang dimakan.

“Ia akan bekalkan sebanyak 224 kalori dengan pecahan anggaran 70 hingga 80 kalori untuk empat biji kurma dan 110 hingga 145 kalori untuk empat sudu teh mentega.

“Namun begitu, pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan aras kolesterol jahat meningkat dan secara tidak langsung meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular,” jelasnya.

Nur Aiman berkata, sekiranya hendak bersahur dengan makanan yang ringkas dan padat dengan kalori untuk berpuasa, tidak menjadi masalah untuk menjamah kurma dengan mentega dalam kuantiti tidak berlebihan.

“Namun, ketika berbuka puasa, memadai memakan buah kurma sahaja tanpa perlu ada mentega memandangkan lauk-lauk dan juadah lain sudah mengandungi sumber kalori yang cukup,” ujarnya. K Online

Kurma Butter bawa penyakit

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis

Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?

Bukan tangkap basah – Ruhainies

Netizen serang IG Risteena

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker