Bekas polis ditangkap lakukan jenayah
Bekas polis ditangkap lakukan jenayah
Kuala Lumpur: Seorang bekas anggota polis yang sudah dibuang kerja diberkas Jumaat lalu kerana disyaki menggunakan uniform pasukan itu untuk melakukan jenayah di sekitar ibu negara, di sini.
Difahamkan, suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan anggota unit kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang sedang membuat rondaan berhampiran Plaza Tol Duta, di sini.
Terdahulu, satu klip video berdurasi 14 saat tular di media sosial memaparkan suspek yang memakai pakaian seragam lengkap dengan pangkat koperal dan vest Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan dua anggota MPV terbabit.
Difahamkan suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha cuba menahan sebuah kereta bagi tujuan ‘pemeriksaan’ sebelum kelakuannya yang mencurigakan itu dikesan anggota yang sedang membuat rondaan.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi berkata suspek adalah bekas anggota polis yang sudah dibuang kerja.
“Ini kes menyamar sebagai anggota polis yang mana suspek berkenaan adalah bekas anggota yang sudah dibuang kerja pada tahun 2022.
“Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai anggota polis,” katanya kepada Harian Metro hari ini. HM
Bekas polis ditangkap lakukan jenayah
Baca Artikel Menarik:
- 30 minit saja dalam kondo – Ruhainies
- Saifuddin mengada-ngada – Sanusi
- Ramasamy mabuk ke apa, soal Dr Akmal
- Saya percaya suami saya – Alyah
- Kasihan Bella, asyik dicurangi
- ‘Save Palestine’ bergema di Oscar
- Syamsul Yusof, pulanglah, orang tua merinduimu
- Pasar raya Mydin terbakar menjelang Ramadan [VIDEO]
- Sarjan Mejar dan koperal ‘ditangkap basah’ ditukar jabatan serta merta
- Shuib intai dalam seluar Watie cari apa
- Pemilik tolak jual Ayam serama Yellow MG walaupun ditawar RM25 ribu oleh pembeli
- Ruhainies Muat Naik ‘IG Story’ Bersama Aliff Aziz Biarpun Isu Mereka Sedang Panas
- Aiman Hakim cuti enam bulan siapkan kerja ubah suai rumah
- Projek empangan air bawah tanah Langkawi hanya angan-angan Mat Jenin
- Indomie produk dari Malaysia, netizen Indonesia bantah sekerasnya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?
You must be logged in to post a comment.