Gusar sokongan pada Anwar makin bertambah, pemimpin utama Bersatu mulakan rundingan
Seorang pemimpin utama Bersatu baru-baru ini sering kelihatan di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dipercayai melakukan rundingan demi “survival” beberapa pemimpin tertentu sehingga pilihan raya parti, menurut sumber terdekat.
Sumber yang enggan dinamakan, berkata pemimpin Bersatu berkenaan berjanji akan memberikan lebih banyak sokongan Ahli Parlimen Bersatu kepada kerajaan. Kata sumber itu lagi, “lebih ramai” wakil rakyat Bersatu dijangka isytihar sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Setakat ini, enam Ahli Parlimen Bersatu telah berbuat demikian dengan kekal menjadi ahli parti. Langkah mereka menjadikan Bersatu merancang meminda perlembagaan parti bagi mengelak tindakan sama berulang.
Bagaimanapun, sumber berkata tidak mudah untuk Bersatu meminda perlembagaan parti itu.
“Beberapa Ahli Parlimen Bersatu mahu menyeberang, namun takut berdepan tindakan,” kata sumber. Katanya, jika sokongan mereka kepada kerajaan tidak diumum secara terbuka, ia akan terserlah jika berlaku pengundian di Parlimen.
Seorang Ahli Parlimen memberitahu FMT, bahawa beberapa pemimpin lain sedar ada pemimpin parti dari negeri tertentu sering dilihat di PMO.
“Ramai pemimpin bahagian juga sedar perkara itu, tetapi kami tidak pasti kenapa pemimpin berkenaan berada di sana,” katanya. “Itulah antara sebabnya ramai Ahli Parlimen hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti.”
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hukuman Najib dikurangkan, bakal bebas pada 2028
- Kami akan kembali – Pasangan YouTuber UK
- Ini cara saya balas dendam kerana ditinggalkan tunang
- Ini cara saya mencari rezeki – Kak KM
- ‘Bersemut’ tengok Zahirah Macwilson dengan Aiman
- Rohingya ceroboh masuk rumah
- Reaksi netizen terhadap 131 tahanan lolos
- Ayob Khan berdakwah dari pentas multaqa
- Sarjan polis direman kali kedua atas dakwaan rogol mangsa lain
- Pekerja kencing di longkang, restoran mamak kotor diarah tutup kali ketiga
- Pakar sahkan ‘perubatan alternatif’ antara penyumbang kematian akibat kanser
- Pengampunan Najib, Mukhriz ‘pening’
- Kongsi keputusan peperiksaan anak, wanita dikecam netizen
- Shaiful bidas Hassan Karim
- Hubungan Muhyiddin dan Hadi ‘tidak seindah’ dahulu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.