Azizulhasni berjaya rais emas biarpun dibelenggu masalah jantung [VIDEO]

KUALA LUMPUR: Meskipun dibelenggu masalah kesihatan namun itu tidak menjadi penghalang buat pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang membuktikan reputasinya selaku antara pelumba terbaik dunia.

Azizulhasni, 36, mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi pingat emas acara keirin Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang berlangsung di Adelaide, Australia, hari ini.

Pada perlumban di The Adelaide Super-Drome itu, pelumba yang diberi julukan ‘The Pocket Rocketman’ unggul mengatasi dua pelumba Jepun, Shinji Nakano dan Kaiya Ota yang masing-masing menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga.

 Azizulhasni pamer kayuhan bertenaga di Kejohanan Piala Negara-Negara UCI. Foto: Fail FB Azizulhasni
Azizulhasni pamer kayuhan bertenaga di Kejohanan Piala Negara-Negara UCI. Foto: Fail FB Azizulhasni

 

Azizulhasni yang juga juara dunia 2017, bermula dengan cemerlang sejak pusingan pertama apabila dia muncul juara saringan keempat mengetepikan Matthew Glaetzer (Australia), Matej Bohuslavek (Republik Czech), Yuta Obara (Jepun) dan Andrey Chugay (Kazakhstan).

Dalam aksi pusingan kedua (separuh akhir) dia juga tidak berdepan masalah untuk menempatkan diri dalam kalangan tiga pelumba terbaik bersama Richardson dan Xue Chenxi (China) untuk menempah slot ke final.

Kejayaan Azizulhasni itu mengukuhkan lagi kedudukan untuk mengumpul mata melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

 

 Azizulhasni pamer kayuhan bertenaga di Kejohanan Piala Negara-Negara UCI. Foto: Fail FB Azizulhasni
Azizulhasni pamer kayuhan bertenaga di Kejohanan Piala Negara-Negara UCI. Foto: Fail FB Azizulhasni

 

Sebelum ini, Pengarah Teknikal skuad berbasikal negara, John Beasley mendedahkan yang penyertaan Azizulhasni di Adelaide akan dipantau rapi selepas dia perlu mengambil ubat perikarditis – ubatan yang berkaitan dengan jantungnya sejak beberapa minggu lalu.

Perikarditis adalah keradangan perikardium dan boleh menyebabkan cecair berkumpul di dalam karung perikardium.

Cecair yang berlebihan itu boleh mengakibatkan tamponad kardium dengan menghalang jantung daripada berdegup dengan betul atau menekan pembuluh jantung secara fizikal.

Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Muhammad Fadhil Zonis terpaksa akur apabila gagal menamatkan perlumbaan di pusingan pertama repechage selepas terbabit dengan kemalangan.

Turut beraksi hari ini pelumba wanita negara, Nurul Izzah Izzati Asri dalam acara pecut namun dia terkandas di pusingan pertama selepas tewas kepada pelumba Kanada, Lauriane Genest.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN

Akim diganggu perempuan miang nak menyondol

Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut

Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker