Penduduk kumpul RM1,000 tampal jalan berluang akibat banjir

Penduduk kumpul RM1,000 tampal jalan berluang akibat banjir

TUMPAT: Penduduk berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM1,000 dan bergotong-royong menampal jalan di Kampung Kuala Jambu-Teluk Jering yang rosak akibat bencana banjir baru-baru ini.

Inisiatif itu diambil bagi memberikan keselesaan kepada lebih 500 pengguna laluan tersebut selain mengelakkan berlaku kemalangan terutama pada waktu malam.

Seorang penduduk Syaharudin Mohd. Nor, 47, berkata, usaha jangka pendek yang dilakukan oleh mereka selepas mendapati terdapat 30 lubang di sepanjang lalaun tersebut.

Menurutnya, kerja-kerja menampal laluan berlubang itu menggunakan campuran simen, batu dan pasir.

“Sebelum ini ada penduduk yang mengalami kecederaan selepas terjatuh ke dalam jalan yang berlubang itu. Jadi sebelum situasi menjadi lebih parah, kami mengambil pendekatan dengan menampal laluan itu.

“Diharapkan usaha ini mampu membantu pengguna sebelum pihak berkenaan mengambil langkah penyelesaian jangka panjang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Syaharudin memberitahu, gotong-royong itu melibatkan penduduk dari Kampung Kubang Sawa dan Kuala Jambu.

Seorang lagi penduduk, Kamaruddin Abu Bakar,52, berkata, setiap tahun laluan ini akan mengalami kerosakan selepas ditenggelami banjir.

Katanya, kebiasaan penduduk akan menampal laluan berlubang itu sendiri menggunakan tanah dan pasir yang diisi ke dalam guni bagi menutupnya.

“Walaupun usaha ini hanya mampu bertahan selama tiga bukan, namun saya percaya ia sedikit sebanyak memberi keselesaan penduduk untuk menggunakannya.

“Saya amat berharap jalan ini dibaiki segera kerana ia merupakan laluan utama penduduk,” ujarnya.

Tambahnya, pada waktu malam laluan ini sangat berbahaya kerana ia gelap sekali gus menyukarkan pengguna untuk mengagak permukaannya. Utusan

Penduduk kumpul RM1,000 tampal jalan berluang akibat banjir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perang Fatiya, Anju makin panas

Hati dia busuk sangat – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Ketua Polis Negara: “Kalau jumlah cukup ketua parti dah menghadap Agong”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker