Perawat alternatif bertinju dengan pesakit wanita sampai KO (Video)

Perawat alternatif bertinju dengan pesakit wanita sampai KO (Video)

Pada hari ini selain mendapatkan rawatan konvensional, masih ada pesakit yang mendapatkan rawatan alternatif untuk mengubati penyakit, lebih-lebih lagi sakit yang melibatkan perkara ghaib.

Baru-baru netizen terkejut melihat seorang perawat alternatif bertinju dengan pesakit wanita.



Menerusi satu klip video berdurasi 17 saat yang tular di platform TikTok, seorang pesakit wanita dipercayai kerasukan meluru menyerang perawatnya.

Perawat itu berlawan sambil bersila, sementara pesakit terbabit mencakar-cakar karpet sehingga bersepah. Sesi rawatan itu turut dilihat oleh beberapa orang dalam bilik tersebut.

Lelaki itu mengelak dan melepaskan tumbukkan ke arah pesakit itu. Wanita itu mengelak ke belakang sehingga terperangkap pada dinding.

Kemudian si perawat melepaskan tumbukkan bertubi-tubi sehingga pesakit wanita itu terjatuh. Perawat memegang kepala wanita lalu terjatuh ‘KO’.



Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat hampir 500,000 kali tonton dan lebih 1,000 komen daripada pengguna TikTok.

Ramai yang terkejut melihat kaedah rawatan tersebut, sehinggakan ada yang sangsi adakah rawatan itu benar-benar ada atau palsu. Ada juga yang merasakan cara perawat itu mengubati pesakit tersebut agak menggelikan hati.

Bagi yang sudah biasa melihatnya, mereka menjawab ianya benda betul yang berkait dengan ilmu batin.

“Lain perawat lain cara perubatan. Dan bergantung juga pada kekuatan jin tu tahap apa,” terang salah seorang warganet.



Selain bertinju, perawat alternatif itu juga dilihat turut merawat pesakit dengan cara seni bela diri campuran ala UFC. Dalam satu rakaman video, beliau mengunci kepala pesakit sehingga tidak mampu berbuat apa-apa.

Terdahulu, tular seorang perawat alternatif menggunakan senapang mainan untuk menyembuhkan pesakitnya. Cara perawat itu mengundang pelbagai tanda tanya netizen. VC

[videopress txVvK9j0]

Perawat alternatif bertinju dengan pesakit wanita sampai KO (Video)

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perang Fatiya, Anju makin panas

Hati dia busuk sangat – Zarina Anjoulie



Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Ketua Polis Negara: “Kalau jumlah cukup ketua parti dah menghadap Agong”



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker