Misteri ketuk pintu: Penduduk nampak lembaga hitam
Misteri ketuk pintu: Penduduk nampak lembaga hitam
KUALA PILAH: Selepas 10 hari gangguan ketukan misteri di Kampung Kepis, beberapa penduduk mendakwa ternampak makhluk hitam menyerupai manusia, malam tadi.
Haslinda Hassim, 54, berkata dia ternampak makhluk berkenaan ketika di luar rumah jam 9.40 malam, sebelum lembaga hitam itu menghilangkan diri dalam gelap.
“Sebelum itu, anak sulung berusia 17 tahun keluar manakala saya hanya bersama seorang lagi anak berada di rumah. Tidak lama kemudian anak sulung menghubungi saya memaklumkan supaya menutup semua pintu dan tingkap kerana ada sebuah rumah diganggu.
“Kemudian anak balik bersama kawannya dan menyuruh saya buka pintu dapur. Tiba-tiba kami terdengar bunyi seperti objek jatuh depan rumah,” katanya ditemui di rumahnya.
Tambahnya, disebabkan rumahnya tinggi, dia melihat dengan jelas objek jatuh berkenaan dan ternampak lembaga dalam posisi seperti merangkak.
“Pada mulanya saya menyangka ia hanya ilusi. Kali kedua melihatnya, lembaga itu juga menoleh ke arah saya sebelum bangun dan lari ke arah jalan besar dan hilang dalam kegelapan,” katanya.
Hingga awal pagi tadi, sudah empat kali rumahnya diganggu dengan kejadian terakhir kira-kira jam 2.30 pagi tadi yang mana ‘dia’ mencakar dinding serta bunyi seolah cuba mengumpil tingkap kaca.
Seorang lagi penduduk, Mariam Johit, 67, berkata anaknya sempat bertentang mata dengan lembaga berkenaan selepas terdengar pagar rumah seperti digoncang.
“Ini kali kelima rumah kami diganggu. Malam tadi ketika saya bersama dua anak dan cucu berada di rumah jam 9 malam, kami terdengar pintu pagar di hadapan rumah digoncang.
“Anak (Noreennor Mohd Noor, 38) menyelak langsir dan ternampak ‘dia’ berdiri di luar rumah. Anak jerit ‘orang mak’ sebelum dia bergegas membuka pintu dan keluar, namun makhluk itu lari ke arah tepi rumah.
“Anak dengar bunyi tapak kaki berlari sebelum ia hilang begitu sahaja. Malah ahli keluarga berdekatan dan penduduk kampung yang mengepung rumah kami tidak menemui sebarang jejak,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kepis Hilir, Mohmmad Sah Sulaiman, berkata beliau berharap gangguan itu segera ditamatkan.
“Sudah lebih seminggu ia berlarutan dan keadaan di kampung ini huru-hara. Penduduk. Ketakutan sehingga pergi ke tandas dalam rumah sendiri pun perlu berteman,” katanya. BH
Misteri ketuk pintu: Penduduk nampak lembaga hitam
Baca Artikel Menarik:
- Ada scammer dalam rumah Aman Graseka – Mas Idayu
- Awas ulat bulu laut, pengunjung pantai dinasihat berhati-hati
- Meerqeen dah berani ajak Ameera?
- Putera Mateen, Dayang Anisha nikah hari ini.
- Sanusi menghadap SPRM berkait isu rasuah RM6 juta
- Baru tingkatan 3 sudah berani samun warga asing
- Lori ubah haluan tiba-tiba, pasangan superbike cedera dilanggar [VIDEO]
- Kalau Teresa masih tak faham, tambah dos 2 sudu sawit sehari – Ka Siong
- Shiera cari Aman Graseka
- Komet lebih besar daripada Gunung Everest hampiri Bumi
- Najib pun tak tahu bila pengampunannya akan dibincang
- Puteri Sarah kesal Nurul Shuhada cetus gosip kahwin dengan Andi
- Daim dianiaya kerana kaya, dakwa isterinya
- Rumah Ngeh Koo Ham terbakar diserang, DAP kecam serangan ‘Molotov Cocktail’
- Pengikut IG Zahirah Macwilson bertambah, kesian Fatiya Latiff
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua Polis Negara: “Kalau jumlah cukup ketua parti dah menghadap Agong”