Mansuh cukai jualan LVG tak cekap, gesa ahli ekonomi
Mansuh cukai jualan LVG tak cekap, gesa ahli ekonomi
Seorang ahli ekonomi menggesa cukai jualan baharu ke atas barangan import bernilai rendah (LVG) dimansuhkan, sebaliknya sistem kutipan cukai negara perlu dikaji semula.
Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata, cukai jualan dalam talian itu hanya mengutip “RM200 juta setahun, yang tidak berbaloi dengan usahanya. Ia idea yang teruk”.
Beliau sebaliknya mencadangkan kerajaan mengkaji sistem percukaian sepenuhnya kerana ia penuh dengan cukai ad hoc tidak cekap dalam meningkatkan hasil.
Katanya, saiz pasaran untuk produk dalam talian yang akan dicukaikan – barangan berharga RM500 ke bawah yang dibeli dalam talian dari luar negara – hanya dianggarkan kira-kira RM2 bilion.
Menurutnya, cukai yang berkuat kuasa sejak 1 Jan lalu itu mungkin tidak banyak membantu pembekal tempatan memandangkan barangan bernilai rendah dari luar negara masih lebih murah daripada produk tempatan, walaupun dengan pelaksanaan cukai baharu itu.
Bulan lalu, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong menggesa kerajaan menangguhkan cukai LVG kerana levi 10% itu akan membebankan golongan B40 yang sering membeli barangan rumah, seperti perkakas elektrik atau pakaian dari penjual dalam talian di luar negara.
Katanya, cukai itu mungkin berdepan cabaran undang-undang kerana kerajaan tidak dapat mengawal pembelian secara berkesan dalam platform seperti TikTok, Facebook dan Instagram.
Williams mempersoalkan bagaimana Jabatan Kastam akan menentukan produk yang akan dicukaikan kerana bukan semua peniaga asing akan mendaftar dengan jabatan itu.
“Saya bukan kata tiada cara untuk mengawal perkara ini, tetapi ia memeningkan kepala. Adakah mereka akan menahan barang itu sehingga cukai dibayar? Bagaimana mereka akan menilai nilai produk itu? Jika saya membeli e-buku dari Amazon, bagaimana mereka akan kenakan cukai ke atas produk ini?”
Seorang lagi ahli ekonomi, Carmelo Ferlito dari Pusat Pendidikan Pasaran berkata, perlindungan terhadap produk keluaran tempatan “hanya satu cara untuk menghukum pengguna” yang akan mengurangkan bekalan produk sedia ada dan menyebabkan kenaikan harga.
“Perniagaan Malaysia harus belajar menjadi berdaya saing tanpa sokongan kerajaan. Jika tidak, mereka akan kekal tidak berdaya saing selama-lamanya.”
Katanya, cukai itu juga akan membebankan pengguna yang membeli “barangan keanjalan rendah” – produk dengan permintaan stabil yang tidak terjejas oleh harga lebih tinggi – seperti buku teks akademik diterbitkan di luar negara hanya boleh dibeli dalam talian. FMT
Mansuh cukai jualan LVG tak cekap, gesa ahli ekonomi
Baca Artikel Menarik:
- ‘Tembak’ saya, bukan anak – Achey
- Pendakwah selebriti letak harga puluhan ribu?
- Bezza baru rosak, ini yang Perodua tawarkan
- Sanusi yakin kerajaan Anwar akan tumbang
- Lan Zailan jual kereta kesayangan kerana tiada tawaran berlakon
- Tin arak sengaja diletak depan pintu surau kondominium
- Ayu Puteh enggan mengalah disaman RM142 juta
- Guru bercerai kerana duka lara
- Cara daftar PADU dan maklumat diperlukan
- Jalil Elias import termahal Liga-M sertai JDT
- Zon batu kapur bagaikan bom jangka
- Pembantu rumah didakwa larikan anak selebriti wanita
- ‘Ustaz’ noda wanita ketika lakukan rawatan ditahan
- Pemegang PhD jual sayur untuk tampung kos hidup
- Netizen pertikai BCL buat umrah pakai ‘eyelash extension’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan
Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini
Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf
You must be logged in to post a comment.