Peserta Bintang RTM 2024 parah terbabit kemalangan kereta

Peserta Bintang RTM 2024 parah terbabit kemalangan kereta

KUALA LUMPUR: Dua peserta Bintang RTM 2024, Muhammad Shahrezza, 21, dan Mohd Azumi Shazani, 25, dilaporkan stabil selepas terbabit dalam kemalangan di Taman Midah, Cheras, di sini, Khamis lalu.

Penerbit Bintang RTM 2024, Yang Faziatun Zainal Abedin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.35 pagi itu difahamkan kereta Perodua Bezza yang dipandu Azumi tiba-tiba dirempuh sebuah kereta Mercedes Benz.

“Ketika kejadian, mereka sedang dalam perjalanan untuk membuka akaun bank. Namun, tiba-tiba kereta dipandu dilanggar sebuah kereta Mercedes Benz yang tidak dapat dikesan.

“Kemudian kereta terbabit dirempuh pula dengan sebuah lagi kereta Honda hingga mengakibatkan kedua-duanya dikejarkan ke hospital berhampiran menaiki ambulans.

“Sekarang Shahrezza sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Cheras manakala Azumi dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana cedera parah pada leher. Namun, kedua-dua mereka dilaporkan stabil,” katanya.

Yang berkata, pihaknya masih menanti laporan kesihatan sama ada mereka dibenarkan terbabit pada konsert minggu pertama Bintang RTM 2024 yang dijadual membuka tirai pada 13 Januari ini.

“Diharapkan mereka berada dalam keadaan baik dan dibenarkan untuk beraksi dalam pertandingan ini.

“Kami akan mengumumkan senarai 16 peserta yang berjaya meloloskan diri dalam program ini pada 9 Januari ini. Diharapkan, Shahrezza dan Azumi tersenarai sekali gus beraksi di konsert minggu pertama nanti,” katanya. BH

Peserta Bintang RTM 2024 parah terbabit kemalangan kereta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium

Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)

Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker