Gagal tukar sekolah sampai bercerai
Gagal tukar sekolah sampai bercerai
“Sepanjang tempoh perkahwinan, setiap tahun saya mohon pertukaran. Namun, gagal. Akhirnya kami bercerai,” luah seorang guru dikenali sebagai Din,
Guru berkenaan yang berusia 41 tahun yang menjadi guru duka lara selama lima tahun selepas berkahwin pada 2017.
Menurutnya, ketika itu dia mengajar di sebuah sekolah rendah kebangsaan di Kota Kinabalu, Sabah dan bekas isterinya yang juga guru di Kuching, Sarawak.
“Pada tahun pertama perkahwinan lagi kami sudah memohon untuk berpindah ke Semenanjung.
“Ketika itu fikir, tak dapat balik negeri asal pun tidak mengapa, cukup saja boleh ditempatkan di sekolah dalam negeri sama.
“Memang setiap tahun kami mohon. Saya pernah ke Kementerian Pendidikan di Putrajaya untuk serahkan sendiri borang permohonan, surat dan dokumen sokongan. Jawapan diterima tetap mendukacitakan.
“Sepanjang lima tahun berkahwin, kami hanya dapat berjumpa masa cuti sekolah sahaja.
“Mahu jumpa setiap hujung minggu memang tak masuk akal. Ditambah pula faktor kewangan. Jadi, ini antara sebab kenapa kami bercerai,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, permohonan pertukarannya hanya diluluskan pada 2022 iaitu selepas dua tahun dia bercerai.
Katanya, kini dia mengajar di sebuah sekolah rendah di Selangor, ada ramai lagi guru duka lara yang melalui pengalaman sama dengannya yang berakhir dengan perceraian.
“Memang ada banyak kes macam saya ini termasuk yang bercerai sebab ini. Tidak dinafikan, perhubungan jarak jauh ini mengganggu dari segi emosi dan hubungan.
“Itu belum lagi bermacam dugaan yang datang. Apa yang berlaku kebiasaannya adalah kalau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sudah luluskan, ia sangkut di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) pula.
“Begitu juga sebaliknya. Kadang-kadang, di kedua peringkat sudah lepas tetapi di KPM pula yang tolak. Jadi, nak buat macam mana lagi.
“Kesal juga apabila permohonan pertukaran guru yang bujang pula diluluskan. Kami yang sudah berkahwin ini kena hadap situasi begini,” katanya.
Hubungan jarak jauh uji kekuatan emosi guru, pasangan
“Saya memang berharap dapat berpindah,” kata guru sekolah rendah di Daro, Sarawak yang hanya ingin dikenali sebagai Mohd, 39.
Menurutnya, dia mengajar sekolah itu sejak enam tahun lalu menjalani hubungan jarak jauh dengan isteri dan menjadi satu cabaran yang perlu dilalui dalam rumah tangga dibinanya.
Katanya, dia hanya dapat berjumpa isteri yang juga guru sekolah rendah di Batang Kali, Selangor dan anaknya apabila cuti sekolah.
“Tiga tahun sebelum ini saya bujang lagi, jadi okey saja tinggal di sana. Namun, selepas berkahwin dan mempunyai anak komitmen itu berbeza.
“Sudah tentu saya perlu memberikan waktu secukupnya kepada mereka pula.
“Perhubungan jarak jauh ini terutama guru duka lara macam kami ini agak membebankan dari segi emosi.
“Dapat jumpa keluarga pun masa cuti sekolah sahaja. Kadang-kala saya terpaksa juga balik pada hujung minggu walaupun kos penerbangan agak tinggi.
“Demi keluarga, mahu atau tidak kena juga jumpa,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, dia mencadangkan agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat memberikan kelonggaran dan keutamaan kepada mereka yang bergelar guru duka lara untuk berpindah.
“Saya sudah mohon sekali untuk berpindah tetapi tidak dapat. Insya-Allah tahun ini saya mahu mohon lagi. Saya berharap ada rezeki untuk berpindah kali ini.
“Bagi saya ini cabaran kena buat guru duka lara yang perlu mengikut prosedur ditetapkan KPM.
“Jadi, kalau boleh KPM bagi kelonggaran guru duka lara tak perlu menunggu tiga tahun untuk mohon.
“Saya ada ramai kawan guru di Sabah dan Sarawak yang juga guru duka lara ini. Ada yang sudah 10 tahun bertugas tetapi masih tidak dapat pindah lagi,” katanya.
Cadang tukar 4 kali setahun
Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan proses pertukaran empat kali setahun berbanding dua kali ketika ini.
Selain itu, kementerian diminta dapat memudahkan cara mengisi borang pertukaran secara dalam talian.
Setiausaha Agung Kongres Mohd Azizie Hasan berkata, KPM juga perlu mewujudkan sistem pangkalan data guru duka lara dan melihat kepada keperluan opsyen selain kekosongan untuk memudahkan proses pertukaran.
“Pihak Kongres mengambil maklum bahawa kesan guru duka lara ini membawa kepada isu- isu perceraian dan menjejaskan keharmonian rumah tangga suami isteri meskipun angkanya kecil.
“Langkah proaktif pihak KPM dalam menyelesaikan isu ini dapat mengelakkan perceraian dan pengabaian terhadap rumah tangga yang menjejaskan emosi pasangan guru dan anak- anak.
“Pihak Kongres maklum bahawa punca penceraian ini membabitkan banyak faktor namun faktor pasangan guru berjauhan adalah salah satu faktor yang perlu diberikan perhatian,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, Kongres juga mencadangkan khidmat kaunseling berterusan kepada guru duka lara bagi meningkatkan daya tahan emosi dan psikologi sebagai guru.
Menurutnya, keprihatinan dan kebijaksanaan pihak pentadbir sekolah dalam memahami isu guru duka lara dan menanganinya dengan penuh hikmah.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Aminuddin Awang berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang aduan daripada ahli mengenai perkara ini.
“NUTP ambil maklum semua isu guru, bukan sahaja duka lara. Setakat ini kami tidak ada aduan guru yang diceraikan disebabkan gagal dalam permohonan bertukar.
“Kami tak tahu sama ada yang ada masalah itu ahli NUTP atau tidak. Jika ahli, mereka akan datang kepada NUTP untuk dapatkan bantuan.
“Kami mengalu-alukan ahli NUTP yang ada sebarang masalah, bukan sahaja dalam aspek pertukaran tetapi pelbagai isu dalam perkhidmatan untuk berurusan dengan Setiausaha NUTP negeri kami untuk bantuan,” katanya.
Terdahulu, tular luahan sekumpulan guru wanita dan lelaki duka lara dalam kumpulan Facebook dikenali ‘e-Gtukar Pertukaran Guru – Oh e-Gtukar!’.
Mereka berkongsi masalah peribadi selepas berkali-kali gagal dalam permohonan pertukaran termasuk pasangan mempunyai hubungan sulit dan diceraikan suami. HM
Gagal tukar sekolah sampai bercerai
Baca Artikel Menarik:
- ‘Tembak’ saya, bukan anak – Achey
- Pendakwah selebriti letak harga puluhan ribu?
- Bezza baru rosak, ini yang Perodua tawarkan
- Sanusi yakin kerajaan Anwar akan tumbang
- Lan Zailan jual kereta kesayangan kerana tiada tawaran berlakon
- Tin arak sengaja diletak depan pintu surau kondominium
- Ayu Puteh enggan mengalah disaman RM142 juta
- Guru bercerai kerana duka lara
- Cara daftar PADU dan maklumat diperlukan
- Jalil Elias import termahal Liga-M sertai JDT
- Zon batu kapur bagaikan bom jangka
- Pembantu rumah didakwa larikan anak selebriti wanita
- ‘Ustaz’ noda wanita ketika lakukan rawatan ditahan
- Pemegang PhD jual sayur untuk tampung kos hidup
- Netizen pertikai BCL buat umrah pakai ‘eyelash extension’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan
Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf