Dr Akmal selongkar sampah, hati-hati siapa tuannya

Dr Akmal selongkar sampah, hati-hati siapa tuannya

Hati-hati siapa yang suka membuang sampah di merata-rata tempat, ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh akan memburunya.

Dia yang juga exco Melaka dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu hari ini memuat naik gambarnya mengutip dan mengumpulkan sampah di kawasannya.



Dr Akmal turut menyelongkar plastik-plastik itu untuk mencari siapa yang membuang sampah mereka bukan di tempat yang sepatutnya.

Hasil usahanya itu dia menjumpai satu plastik ubat yang tertulis nama “Aida”, jenis ubat, nama klinik serta tarikhnya.

“Saya cari.

“Kalau jumpa sampah ini semua saya akan letak depan rumah Cik Aida,” katanya.



Ubat selsema itu dikatakan daripada sebuah klinik di Merlimau.

24 jam lalu, Dr Akmal mengeluh di laman Facebook, bahawa dia sudah membersihkan tempat itu pada waktu pagi namun masih ada yang membuang sampah di situ pada sebelah malam.

“Tadi kita dah kemaskan siang tadi dah clear dah ni. Tapi ini jam 12:55 malam tiba-tiba dah ada sini kita round ni,” katanya.

Selain itu, terdapat juga sisa makanan hamper dibuang di kawasan tersebut.



Dr Akmal juga berpesan bahawa dia akan terus memburu mereka yang bertanggungjawab membuang sampah merata-rata.

“Saya nak bagi tahu, pesanan yang sangat tegas kepada semua, jangan sampai kalau saya dapat tangkap korang.

“Kalau saya dapat tahu siapa yang buang, memang semua sampah ni saya akan longgokan dekat depan pintu rumah,” katanya.

Sehubungan itu, dia juga mempersoalkan tanggungjawab orang ramai berhubung kebersihan kawasan sekitar.



“Rumah nak bersih, tapi buang sampah n kotorkan tempat orang lain.

“Mana pergi tanggungjawab kita?

“Tiada lagi satu pun tong sampah kecil dibenarkan berada di tepi jalan di dalam DUN Merlimau selepas ini,” katanya sambil menambah semua sampah perlu dibuang di tapak sampah yang telah disediakan di kawasan berhampiran.

Sebelum ini, Dr Akmal juga pernah bergiat aktif dalam menerjah dan mendedahkan isu kartel beras. Mk



Dr Akmal selongkar sampah, hati-hati siapa tuannya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan



Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini

Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker