Chow saman Tan Kok Ping isu perjanjian tanah

Chow saman Tan Kok Ping isu perjanjian tanah

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow memfailkan saman fitnah terhadap presiden kehormat seumur hidup Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), Tan Kok Ping.

Dalam kenyataan media di Facebook, Chow berkata tindakan sivil itu adalah atas kenyataan Tan – berhubung perjanjian tanah – yang didakwa dibuat semasa sidang media oleh Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang pada 18 Okt tahun lepas.

“Menggunakan kapasitinya sebagai presiden kehormat seumur hidup dewan perniagaan itu, Tan mengadakan sidang media berkenaan dengan Perjanjian Pembangunan Bersama bertarikh 27 Sept 2023, untuk cadangan projek pembangunan antara Penang Development Corporation (PDC) dan Umech Land Sdn. Bhd.

“Walaupun penamatan perjanjian itu sudah pun diumumkan oleh PDC kepada media dan orang ramai pada 16 Okt 2023, Tan sengaja membuat kenyataan fitnah dalam bahasa Mandarin semasa sidang media untuk menyerang watak, kredibiliti, kecekapan dan keupayaan saya sebagai menteri besar Pulau Pinang dan sebagai pengerusi PDC.

“Kenyataan fitnah itu akhirnya dicetak dan disiarkan antara lain dalam beberapa akhbar berbahasa Cina terkemuka. Memandangkan tiada percubaan Tan untuk memohon maaf atau menarik balik kenyataan fitnah yang dibuat, saya terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap Tan,” kata Chow.

Sementara itu dalam siaran media sosial yang sama, Chow berkata peguamnya mempunyai salinan writ saman dan pernyataan tuntutan daripada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, dan dokumen itu akan diserahkan kepada Tan.

Chow menambah bahawa mahkamah sivil juga telah menetapkan 24 Jan untuk pengurusan kes perkara itu. Mk

Chow saman Tan Kok Ping isu perjanjian tanah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan

Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini

Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker