Bot nelayan terbelah dua dilanggar jerung paus di Langkawi

Bot nelayan terbelah dua dilanggar jerung paus di Langkawi

ALOR SETAR: Lima nelayan tempatan selamat selepas bot dinaiki mereka karam akibat dilanggar sekumpulan jerung paus berhampiran Pulau Balar, dekat Langkawi, malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Romli Mustafa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.30 malam daripada seorang pengadu yang memaklumkan bahawa bot dinaiki rakannya dikhuatiri karam.



“Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggerakkan Bot Kilat 6 untuk mengesan bot berkenaan. Kesemua nelayan berusia antara 23 hingga 58 tahun itu berjaya diselamatkan oleh bot nelayan lain yang berada berhampiran lokasi kejadian.

“Mereka memaklumkan bot terbabit terbelah dua akibat dilanggar sekumpulan jerung paus yang berada di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Kesemua nelayan terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan dibawa ke Jeti Penarak, Langkawi.

Romli mengingatkan komuniti maritim agar sentiasa membawa dan memakai jaket keselamatan ketika berada di laut, selain membawa “personal locator beacon” (PLB) sebagai persediaan menghadapi kecemasan.



Untuk sebarang laporan mengenai aktiviti jenayah atau kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerusi talian 04-9602750 atau talian kecemasan MERS 999. FMT

Bot nelayan terbelah dua dilanggar jerung paus di Langkawi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan

Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini



Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker