Samseng jalanan rempuh meja, kerusi luar kedai makan

Samseng jalanan rempuh meja, kerusi luar kedai makan

KLANG: Akibat mahu mengelak daripada ditahan polis ketika ambang tahun baharu, seorang samseng jalanan bertindak melanggar kerusi serta meja milik sebuah kedai makan di Persiaran Raja Muda Musa, di sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, beberapa anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan ditempatkan di beberapa lokasi tertentu sekitar persiaran tersebut.

“Anggota polis yang bertugas ditempatkan di lokasi-lokasi persimpangan tertentu bagi tujuan penutupan jalan dan mengelakkan samseng jalanan meloloskan diri.

“Semasa serbuan dijalankan, terdapat samseng jalanan bersaing semasa sendiri untuk menguji kelajuan motosikal masing-masing kemudiannya cuba melarikan diri dari ditahan,” katanya pada hari ini.

Menurutnya, salah seorang samseng jalanan yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 cuba dihalang anggotanya namun berjaya meloloskan diri.

Namun kata Hoong Foong, tindakan lelaki tersebut menyebabkan dia merempuh meja dan kerusi pelanggan yang berada di hadapan kedai tersebut.

“Walaupun melanggar meja dan kerusi, samseng jalanan itu berjaya meloloskan diri dan menunggang motosikal ke arah Jalan Kem, Pelabuhan Klang.

“Tiada orang awam atau anggota polis yang tercedera dalam kejadian terbabit. Anggota polis trafik telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegasnya. Utusan

Samseng jalanan rempuh meja, kerusi luar kedai makan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium

Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)

Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker