Sanusi akui ada langkah jatuhkan kerajaan Anwar

Sanusi akui ada langkah jatuhkan kerajaan Anwar

Menteri Besar Kedah Sanusi Nor mengesahkan wujud rancangan pembangkang menjatuhkan kerajaan mengikut proses dibenarkan Perlembagaan.

“Memang kerja pembangkang nak jatuhkan kerajaan melalui proses-proses yang dibenarkan oleh Perlembagaan,” katanya kepada FMT.



Terdahulu menerusi sidang medianya, Sanusi berkata langkah tersebut berdasarkan kelompongan Akta Anti-Lompat Parti yang didakwa digunakan kerajaan untuk menarik sokongan lima Ahli Parlimen PN.

“Jika mereka (kerajaan persekutuan) menganggap sokongan lima Ahli Parlimen PN itu sebagai berperlembagaan berasaskan prinsip demokrasi, tindakan sebaliknya pun biasa.

“Kalau dia boleh ambil lima Ahli Parlimen (PN), tapi kalau kita boleh ambil 10 Ahli Parlimen, takkan nak marah kot,” katanya.

Beliau yang juga pengarah pilihan raya PN berkata demikian ketika ditanya berhubung terdapatnya gerakan “Langkah Dubai” untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



“Ada orang kata dia bukan langkah Dubai, (sebaliknya) ‘Langkah Chow Kit’ sahaja. kerana ia (perbincangan) dibuat di Kuala Lumpur.

“Saya rasa ‘Langkah Dubai’ itu cuma nak cetuskan kekeliruan, orang pergi Dubai untuk bercuti,” katanya. FMT

Sanusi akui ada langkah jatuhkan kerajaan Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium



Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)

Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker