Ringgit kekal lemah berbanding dolar AS

RINGGIT meneruskan aliran menurun berbanding dolar AS pada Rabu sebelum minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) dikeluarkan malam ini.

Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.6300/6355 berbanding dolar AS daripada 4.6035/6080 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mata wang tempatan secara amnya lebih rendah berbanding dolar AS pada RM4.6357, yang sejajar dengan Indeks Dolar AS (DXY) yang lebih tinggi pada 102.219 mata (+0.02 peratus).



Beliau berkata, ringgit dilihat mengalami pembetulan teknikal selepas merosot dalam wilayah terlebih beli berbanding dolar AS.

“Ketika ini, paras sokongan dan rintangan masing-masing pada RM4.5778 dan RM4.6611.

“Minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan malam ini sewajarnya memberikan kejelasan lanjut mengenai hasrat Rizab Persekutuan AS untuk melonggarkan pendirian monetarinya tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.



Unit domestik tinggi berbanding pound Britain kepada 5.8463/8532 daripada 5.8524/8582 ketika ditutup pada Selasa, dan meningkat berbanding euro kepada 5.0634/0694 daripada 5.0685/0734.

Namun, ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 3.2462/2502 daripada 3.2317/2552 semalam.

Ringgit didagangkan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean.

Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4885/4932 daripada 3.4793/4830 semasa penutupan semalam, dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.33/8.34 daripada 8.27/8.28.



Mata wang domestik juga turun berbanding rupiah Indonesia kepada 299.0/299.5 daripada 297.5/298.0 dan hampir mendatar berbanding baht Thailand pada 13.4824/5063 daripada 13.4838/5033. – Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium



Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)

Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker