Ular sawa ke sekolah pada hari pertama

Ular sawa ke sekolah pada hari pertama

BETONG: Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh di sini, gempar apabila mendapati seekor ular sawa batik berukuran 4.6 meter bersembunyi dalam bonet sebuah kenderaan di situ, tengah hari tadi.

Menyedari kejadian itu, guru sekolah berkenaan menghubungi bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Spaoh bagi menangkap reptilia berkenaan.



Pegawai Pertahanan Awan Daerah Betong, Kapten Siti Huzaimah Ibrahim, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai ular itu pada jam 12.59 tengah hari.

“Susulan itu, sepasukan anggota APM diketuai Sarjan Noriza Japar, melakukan kerja menangkap ular berkenaan.

“Setibanya di lokasi, anggota kami dapati ular itu bersembunyi di bawah bonet kereta dan segera ditangkap melalui teknik menjerut,” kata Siti.

Katanya, ular sawa berkenaan dibawa pulang ke pajabat APM untuk dilepaskan kembali ke habitat asal selepas penemuannya dilaporkan kepada Jabatan Perhilitan. BH



Ular sawa ke sekolah pada hari pertama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan



Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]

Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara



Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker