Perak Bison mantapkan pasukan hadapi Piala Juara-Juara

IPOH: Juara Liga Premier, Perak Bison akan memantapkan lagi pasukan dari aspek serangan dan pertahanan bagi menghadapi STL Champions Cup atau Piala Juara-Juara di Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru bermula 30 Julai ini.

Ketua Jurulatih Perak Bison, Suhairi Abdul Aziz berkata, mereka tidak boleh bersandar kepada kejayaan dalam Liga Premier semata-mata.

“Masih ada kekurangan dan kelemahan, jadi kami kena perbaiki kepincangan yang masih ketara,” katanya kepada Utusan Malaysia.



Suhairi yang bersyukur dengan kemenangan dalam STL Emas Annuar berharap anak buahnya akan berusaha lebih lagi kuat lagi untuk merangkul Champions Cup pada minggu depan.

Saingan STL Champions Cup 2022/2023 adalah aksi terunggul lapan pasukan terbaik dari STL Premier dan Division 1.

Pasukan terbabit adalah Perak Bison, KL Thunder, Penang Black Panthers, Johor Tigris, ATM Guardian, dan N. Sembilan Antlers.

Manakala STL Division 1 terdiri daripada PDRM Defenders dan Terengganu Turtles bagi berentap merebut kejuaraan.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?



Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan



Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker