Messi raih Ballon d’Or kelapan

Messi raih Ballon d’Or kelapan

PARIS: Lionel Messi memenangi gelaran Ballon d’Or kelapannya, manakala pemenang Piala Dunia Wanita dari Sepanyol, Aitana Bonmati mengungguli kategori wanita.

Messi terpilih selepas kejayaannya membantu Argentina menjuarai Piala Dunia di Qatar tahun lalu – meledak tujuh gol dan dinobatkan pemain terbaik kejohanan.



Kejayaan ini lebih bermakna buat Messi yang terpaksa bersaing dengan bintang-bintang baharu lebih muda seperti Erling Haaland dan Kylian Mbappe.

“Ini adalah hadiah buat seluruh pasukan Argentina di atas pencapaian kami. Selamat Hari Jadi Diego (Maradona). Ini untuk anda juga,” kata Messi yang menerima trofi daripada pemilik bersama pasukan Inter Miami, David Beckham.

Mbappe adalah pesaing utama Messi untuk anugerah berkenaan, muncul penjaring terbanyak Piala Dunia dengan lapan gol, termasuk hatrik di final namun pasukannya, Perancis tewas kepada Argentina menerusi penentuan penalti.

Namun bekas rakan sepasukan Messi di PSG itu hanya di tangga ketiga, di belakang Haaland yang meledak 52 gol dalam 53 penampilan untuk Manchester City ketika menjuarai treble musim lalu.



Messi, 36, memenangi Ballon d’Or pertamanya pada tahun 2009, tiga mengatasi pesaing utamanya, Cristiano Ronaldo.

Selain membantu Sepanyol memenangi Piala Dunia di Australia pada Ogos, Bonmati juga menjadi tonggak Barcelona ketika menjuarai Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Dia turut dinobatkan sebagai Pemain Wanita Terbaik UEFA.

Jude Bellingham memenangi Trofi Kopa untuk pemain terbaik di bawah usia 21 tahun musim lalu.



Pemain 20 tahun itu memulakan kariernya di Real Madrid musim ini dengan cemerlang, meledak 13 gol dalam 13 perlawanan pertama, namun dia memenangi anugerah itu kerana persembahannya bersama Borussia Dortmund.

Rakan sepasukan Bellingham di Madrid, Vinicius Junior memenangi hadiah Socrates.

Rakan sepasukan Messi di dalam pasukan Argentina, Emiliano Martinez memenangi anugerah penjaga gol terbaik musim lalu. BH

Messi raih Ballon d’Or kelapan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3



FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu



Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker