Rusuhan anti-Israel di lapangan terbang di Russia, Moscow salahkan ‘orang luar’

MOSCOW: Russia menyalahkan campur tangan luar dalam kejadian rusuhan anti-Israel yang menyebabkan lapangan terbang di wilayah majoriti Muslim di Dagestan ditutup.

“Peristiwa semalam di lapangan terbang Makhachkala adalah sebahagian besarnya, hasil daripada gangguan luar,” kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov kepada pemberita.

Polis Russia berkata, pihaknya menahan 60 orang yang disyaki menyerbu lapangan terbang itu, bertujuan menyerang penumpang Yahudi yang datang dari Israel.

Berpuluh-puluh penunjuk perasaan memecah pintu dan sekatan di lapangan terbang Makhachkala dalam kejadian Ahad lalu dan beberapa orang turut menyerbu ke landasan.

“Rakaman TV yang menunjukkan kezaliman yang berlaku di Semenanjung Gaza, kematian orang awam, kanak-kanak, warga emas, menjadikan sangat mudah untuk musuh mengambil kesempatan dan mencetuskan keadaan,” kata Peskov kepada pemberita, hari ini.

Kremlin tidak memberikan butiran lanjut dakwaannya mengenai gangguan luar.

Media kerajaan sebelum ini memetik gabenor Dagestan berkata penganjur tindakan ini adalah musuh dari wilayah Ukraine.

“Sebagai tindak balas kepada peristiwa itu, Presiden Vladimir Putin dijadual mengadakan pertemuan dengan penasihat tertingginya, termasuk menteri pertahanan dan ketua perisik, kemudian pada Isnin untuk membincangkan cubaan Barat menggunakan peristiwa di Asia Barat untuk memecahbelahkan masyarakat Russia,” kata Peskov. -AFP

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker