Sarawak laksana sekatan perjalanan jika kes jangkitan Covid-19 meningkat

Sarawak mungkin mengenakan sekatan perjalanan terhadap pelancong atau masyarakat luar yang ingin memasuki negeri itu jika situasi penularan tempatan Covid-19 terus meningkat.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, walaupun ia akan menjejaskan industri pelancongan, langkah itu perlu memandangkan ia satu-satunya kaedah untuk memutuskan rantaian penularan pandemik tersebut.

“Tanpa sebarang amaran, terdapat peningkatan yang mendadak (kes Covid-19) dan ini bukan jangkitan dari luar, sebaliknya jangkitan tempatan.

“Ia menunjukkan bagaimana bahayanya kalau kita tidak menjaga pergerakan kita,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Beccari Discovery Trail di Bukit Matang di sini. FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker