Dadah bunga ganja lebih RM6.2 juta ditemui ditinggalkan dalam sampan kayu

Dadah bunga ganja lebih RM6.2 juta ditemui ditinggalkan dalam sampan kayu

Dadah bunga ganja lebih RM6.2 juta ditemui ditinggalkan dalam sampan kayu
Sampan bersama guni-guni berisi bunga ganja yang ditemui ditinggalkan di Tambak Persisiran Pantai Bukit Putih, Kuala Perlis, bulan lalu. – Foto JKDM Kedah

KUALA PERLIS: Dadah jenis bunga ganja seberat 67.48 kilogram (kg) dianggarkan bernilai lebih RM6.2 juta, ditemui dalam sebuah sampan kayu ditinggalkan di kawasan Tambak Persisiran Pantai Bukit Putih, di sini, 13 Oktober lalu.

Pengarah Kastam Kedah, Wan Marini Wan Hamzah, berkata penemuan itu hasil serbuan kira-kira jam 10 malam berikutan maklumat risikan daripada Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Jenayah Terancang (AMPOMA) serta Pasukan Risikan Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Dalam operasi itu, pasukan dari Cawangan Penguatkuasaan Marin Langkawi bersama Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) menjumpai sebuah sampan kayu ditinggalkan bersama empat guni tertera tulisan Thailand.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas guni berkenaan menemui sejumlah besar bahan disyaki dadah jenis bunga ganja dengan berat kasar 67.48kg.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan ialah RM6,209,816,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Wan Marini berkata, hasil siasatan awal mendapati dadah berkenaan dipercayai dibawa masuk dari negara jiran dengan menggunakan sampan kayu sebelum ditinggalkan di kawasan pantai itu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah berbahaya.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah dihukum dengan sekurang-kurang 15 sebatan,” katanya.

Wan Marini sekali gus meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan, kepada pihak kastam bagi membantu membanteras jenayah itu.

Katanya, orang awam boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau mana-mana pejabat kastam berhampiran, dan identiti pemberi maklumat dijamin dirahsiakan.

Dadah bunga ganja lebih RM6.2 juta ditemui ditinggalkan dalam sampan kayu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker