Piala Dunia 2030 bakal diadakan di 6 negara

Piala Dunia 2030 bakal diadakan di 6 negara

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan bahawa Maghribi, Sepanyol dan Portugal akan menjadi tuan rumah bersama bagi menganjurkan Piala Dunia 2030.

Lebih menarik, ia bukan sekadar tiga buah negara itu, malah kejohanan bola sepak berprestij dunia tersebut juga turut berlangsung di Uruguay, Argentina dan Paraguay bagi meraikan ulang tahun ke-100 FIFA.

FIFA berkata, perlawanan di Amerika Selatan akan berlangsung di Montevideo, Buenos Aires dan Asuncion dan keputusan itu diambil kerana ia adalah sebahagian daripada sambutan untuk menandakan 100 tahun sejak Piala Dunia pertama di Uruguay.

Pengumuman itu menamatkan persaingan antara dua bidaan utama, satu diketuai oleh Sepanyol dan Portugal dan satu lagi dari Argentina, Uruguay, Chile dan Paraguay.

“Dalam dunia yang sedang berpecah, FIFA dan bola sepak akan bersatu.

“Majlis FIFA yang mewakili bola sepak seluruh dunia, sebulat suara bersetuju untuk meraikan ulang tahun ke-100 Piala Dunia FIFA yang edisi pertamanya dimainkan di Uruguay pada 1930,” kata Presiden FIFA Gianni Infantino.

Sebelum ini, Maghribi melakukan bidaan untuk menjadi tuan rumah tunggal pada 1994, 1998 dan 2006 tidak berjaya sebelum mencubanya lagi untuk 2026, tetapi hak diberikan kepada Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.

Pengumuman berita gembira itu pasti menaikkan semangat negara Afrika Utara itu yang dilanda gempa bumi yang mengorbankan hampir 3,000 orang, sebulan lalu dan mampu meningkatkan ekonomi Maghribi.

FIFA berkata Piala Dunia 2030 bakal melibatkan 48 pasukan dan negara tuan rumah termasuk Sepanyol, Portugal dan Maghribi semuanya akan layak secara automatik

“Saya yakin Sepanyol, Maghribi dan Portugal akan menganjurkan Piala Dunia terbaik dalam sejarah,” kata Pedro Rocha, presiden sementara Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan lain, Arab Saudi mengumumkan semalam bahawa mereka Arab Saudi mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia merancang untuk membida menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Piala Dunia 2030 bakal diadakan di 6 negara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker