Pelancong China yg hilang ketika snorkeling, ditemui mati lemas

Mayat mangsa dibawa ke Dataran Marin Semporna untuk diserahkan kepada pihak polis.

SEMPORNA – Seorang pelancong asing yang melakukan aktiviti snorkeling ditemukan lemas dalam kejadian di perairan sebuah resort di Pulau Bum-Bum, dekat sini pada Jumaat.

Mangsa warga China, Lin Jun Yong, 25, disedari hilang dari kumpulannya kira-kira jam 8 pagi sebelum ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri tiga jam kemudian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna, Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.27 pagi.

Katanya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 15 kilometer dari BBP Air Semporna.



“Menurut maklumat daripada pihak polis, terdapat seorang mangsa dikhuatiri hilang di laut ketika menjalankan aktiviti snorkeling di perairan resort berkenaan.

“Pasukan bomba kemudian melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kaedah pencarian di permukaan atas air di kawasan mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa hanya ditemukan pada jam 10.28 pagi dalam keadaan terapung tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian dibawa ke Dataran Marin sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.



“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.50 pagi,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker