Zahid dedahkan ada beberapa Adun PN mahu sertai BN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang daripada Barisan Nasional (BN) akan menyertai Perikatan Nasional (PN) jika gabungan itu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Sabtu ini.
Pengerusi BN itu berkata sebaliknya beliau mendapat maklumat bahawa terdapat beberapa Adun daripada PN yang dijangka menyokong kerajaan gabungan BN-Pakatan Harapan (BN-PH) di Pahang.
“Dakwaan empat Adun BN akan sokong PN adalah propaganda mereka tapi kita ada maklumat dalaman yang sebenarnya mereka akan bersama-sama kami,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ceramah di Felda Chemomoi baru-baru ini yang mendakwa ada kemungkinan Adun BN akan menyertai PN sekiranya gabungan itu menang pada PRK DUN Pelangai.
Ahmad Zahid, yang juga Presiden Umno berkata komposisi yang membentuk Kerajaan Negeri Pahang ketika ini terdiri daripada 16 Adun BN dan lapan Adun PH manakala PN mempunyai 17 Adun.
“Insya-Allah, kita akan kekalkan Pelangai.
“Jumlah ini adalah lebih daripada mencukupi bagi membentuk kerajaan,” katanya.
Pahang adalah antara negeri yang belum menguatkuasakan undang-undang antilompat parti terhadap Adun sejak ia dilaksanakan di peringkat Persekutuan pada 5 Okt 2022.
PRK bagi DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.
PRK pada Sabtu ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara calon BN Datuk Amizar Abu Adam, calon PN Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.
– Bernama
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tribute To Mael, XPDC ‘mengamuk’ di Singapura
- Meet Uncle Hussain angkut Cliff Umar dan Hazama masuk DFP
- Suami Noniswara meninggal dunia
- Mahkamah tolak permohonan Mahathir arah Anwar kemuka dokumen
- GV10 : Cliff Umar, Suki Low tersingkir awal
- Arnab Kangkang Dania, kena cuba
- Azeem usah terlepas pandang Lalu Muhammad Zohri
- Anak lemas jatuh kolam pancing, bapa menangis menyesal tidak terhingga
- Harta saya bernilai RM2.3 billion tidak diperlukan oleh anak-anak – Mick Jagger
- Zahid ‘Pulang paku buah keras’ pada PAS
- “Kaki saya saiz 11,” Kak KM cabar ‘penyodol’ agar cuba sondol suaminya
- Anak jururawat maut ditikam mencari ibunya
- Lepas kecoh, Marissa buat video tutorial mekap pula
- Zara Zya sudahlah cantik, baik hati pula
- Nabil perjelas isu Mamat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik
Jiggy komen pakaian renang Dhabitah
You must be logged in to post a comment.