Saman pakir kereta dihadpaan rumah sendiri, PBT jangan tekan rakyat
Keputusan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini yang mahu menyaman kesalahan meletakkan kereta di hadapan rumah sendiri atau rumah jiran disifatkan sebagai tidak sensitif malah menambah beban rakyat yang sedang bergelut dengan kos sara hidup.
Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, langkah tersebut juga tidak kena pada masanya sekali gus keputusan berkenaan menimbulkan tanda tanya tentang motif sebenarnya.
“Saya tak boleh nak hadam dengan cara mentaliti segelintir PBT yang tak cakna dengan kehidupan rakyat. Ketika ramai berdepan dengan peningkatan harga barang dan kos sara hidup, apa pula PBT yang nak cari pendapatan dengan cara mudah.
“Nak saman kenderaan yang parking depan rumah sendiri atau rumah jiran. Apa bendalah mentaliti terdesak PBT yang tak prihatin langsung dengan keadaan semasa rakyat. Ya betul, memang ada undang-undang kecil PBT yang macam itu tapi tak perlulah nak laksanakan dalam situasi sekarang ini.
“Apa tujuan sebenarnya? Nak cari pendapatan ke? Nak dapat duit cara mudah? Cubalah PBT ni cari sumber pendapatan dengan cara lain yang tak menyusahkan rakyat terutamanya golongan B40,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pada Rabu tular satu notis pemberitahuan dari Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang menyatakan larangan meletakkan kenderaan di hadapan rumah (luar pagar) yang boleh menyebabkan halangan di tempat awam.
Dalam notis pemberitahuan itu, tindakan boleh diambil atas kesalahan dibawah Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 332), Seksyen 46 (1) (9) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Undang-undang kecil 3 (n) Unda g-undnag kecil vandalisme (Majlis Bandaraya Pasir Gudang) 2011 dan Perintah 17(1) dan 17(2) Perintah Lalulintas Jalan (peruntukan mengenai tempat letak kereta) Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang 2001.
Notis yang dikeluarkan dalam Facebook MBPG di bawah arahan Datuk Bandar Pasir Gudang itu juga menyatakan tindakan mengkompaun kesalahan serta-merta boleh dikenakan di bawah Undang-undang kecil mengkompaun kesalahan Akta Kerajaan Tempatan (MPPG) 2010 dengan kadar maksimum kompaun RM500.
Dan dibawah Undang-undang kecil jalan, parit dan bangunan (mengkompaun kesalahan-kesalahan MPPG) 2011 dengan kadar maksimum kompaun RM2,000.
Mengulas lanjut, Halim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau berkata, tindakan PBT terbabit yang hendak melaksanakan tindakan tersebut dilihat tidak prihatin dengan kehidupan rakyat, sepatutnya menumpukan isu besar lain, fokus tambah baik sistem pentadbiran dan tata kelola, tumpu cekapkan lagi perkhidmatan serta isu-isu kependudukan dan keselesaan rakyat.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tribute To Mael, XPDC ‘mengamuk’ di Singapura
- Meet Uncle Hussain angkut Cliff Umar dan Hazama masuk DFP
- Suami Noniswara meninggal dunia
- Mahkamah tolak permohonan Mahathir arah Anwar kemuka dokumen
- GV10 : Cliff Umar, Suki Low tersingkir awal
- Arnab Kangkang Dania, kena cuba
- Azeem usah terlepas pandang Lalu Muhammad Zohri
- Anak lemas jatuh kolam pancing, bapa menangis menyesal tidak terhingga
- Harta saya bernilai RM2.3 billion tidak diperlukan oleh anak-anak – Mick Jagger
- Zahid ‘Pulang paku buah keras’ pada PAS
- “Kaki saya saiz 11,” Kak KM cabar ‘penyodol’ agar cuba sondol suaminya
- Anak jururawat maut ditikam mencari ibunya
- Lepas kecoh, Marissa buat video tutorial mekap pula
- Zara Zya sudahlah cantik, baik hati pula
- Nabil perjelas isu Mamat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik
You must be logged in to post a comment.