TMJ, keluarga dan pemain JDT berdepan situasi tembakan di Bangkok
TMJ, keluarga dan pemain JDT berdepan situasi tembakan di Bangkok
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi detik cemas insiden seorang remaja lelaki berusia 14 tahun melepaskan tembakan di Bangkok Siam Paragon Mall, Thailand, semalam.
Menurut hantaran Tunku Ismail di laman sosialnya, ketika kejadian berlaku beliau bersama isteri, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam serta pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) sedang berada di lobi hotel berhampiran pusat membeli-belah itu.
Katanya, beliau melihat sendiri suasana gamat orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah apabila penembak mula melepaskan tembakan.
“Ia sangat bising dan terdapat begitu banyak jeritan. Kami semua sedang duduk di lobi hotel ketika itu.
“Saya membawa anak-anak dan keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya, dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya.
“Kami perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana yang kami tahu ketika itu hanyalah bunyi tembakan yang kedengaran. Kami tidak mempunyai maklumat lain dan perlu bersedia untuk apa-apa perkara yang boleh berlaku,” katanya dalam hantaran di media sosial sebentar tadi.
Menurut Tunku Ismail, beliau masih terbayang sewaktu memberitahu anak-anaknya bahawa keadaan akan kembali tenang dan meminta mereka tunduk sementara menunggu kenderaan tiba.
Katanya, beliau bersama pasukan keselamatannya berdiri di hadapan keluarga menjadi ‘perisai’ bagi melindungi mereka walau apa pun berlaku.
“Apa yang difikiran saya adalah untuk membawa keluarga dan pasukan saya keluar dari tempat itu. Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis.
“Saya menjerit sekuat hati kepada pasukan keselamatan kami untuk membawa kereta ke ruang bawah tanah dan membawa kami ke lokasi yang selamat jauh dari tempat tersebut,” ujarnya.
Tambah Tunku Ismail, beliau memberitahu pasukan keselamatannya untuk membawa mereka ke Kedutaan Malaysia dan pemandunya memberitahu bahawa kedudukan Kedutaan Singapura lebih berhampiran.
Katanya, beliau telah menghubungi Konsul Jeneral Singapura di Johor dan kesemua mereka selamat mendapat perlindungan di kedutaan terbabit.
“Saya menghubungi Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan untuk memaklumkan apa yang berlaku. Duta Besar Malaysia turut ada bersama kami.
“Setelah semuanya selamat, kami bergerak ke lapangan terbang dan terbang pulang ke Johor. Malangnya, saya terlepas perlawanan JDT tetapi saya bersyukur keluarga saya dan pasukan kami selamat.
“Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui. Melindungi nyawa anak-anak saya daripada pembunuh. Semoga Tuhan merahmati roh mereka yang tidak berdosa yang maut dalam kejadian itu.
Alhamdulillah, kami selamat. Terima kasih kepada pasukan keselamatan saya dan rakan-rakan kami dari Singapura dan Malaysia. Saya akan selamanya berterima kasih kepada anda semua,” ujarnya. K Online
TMJ, keluarga dan pemain JDT berdepan situasi tembakan di Bangkok
Baca Artikel Menarik:
- Tribute To Mael, XPDC ‘mengamuk’ di Singapura
- Meet Uncle Hussain angkut Cliff Umar dan Hazama masuk DFP
- Suami Noniswara meninggal dunia
- Mahkamah tolak permohonan Mahathir arah Anwar kemuka dokumen
- GV10 : Cliff Umar, Suki Low tersingkir awal
- Arnab Kangkang Dania, kena cuba
- Azeem usah terlepas pandang Lalu Muhammad Zohri
- Anak lemas jatuh kolam pancing, bapa menangis menyesal tidak terhingga
- Harta saya bernilai RM2.3 billion tidak diperlukan oleh anak-anak – Mick Jagger
- Zahid ‘Pulang paku buah keras’ pada PAS
- “Kaki saya saiz 11,” Kak KM cabar ‘penyodol’ agar cuba sondol suaminya
- Anak jururawat maut ditikam mencari ibunya
- Lepas kecoh, Marissa buat video tutorial mekap pula
- Zara Zya sudahlah cantik, baik hati pula
- Nabil perjelas isu Mamat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik