Muhyiddin mohon DNAA tiga tuduhan pengubahan wang haram

Muhyiddin mohon DNAA tiga tuduhan pengubahan wang haram

Setelah berjaya dalam usahanya untuk dibebaskan daripada empat pertuduhan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa, Muhyiddin Yassin kini memfailkan permohonan untuk dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada baki tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Bekas perdana menteri itu memfailkan notis permohonan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin minggu ini dan pasukan peguamnya menyerahkan salinan permohonan itu kepada pihak pendakwaan pada hari yang sama.



Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin mengesahkan pihaknya telah menerima salinan permohonan Muhyiddin.

Sebelum ini, pasukan peguam Muhyiddin memaklumkan Mahkamah Sesyen bahawa mereka berhasrat memfailkan permohonan untuk mengetepikan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa RM232.5 juta bagi parti itu yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

Hakim Muhammad Jamil Hussin memutuskan bahawa pertuduhan ke atas bekas pedana menteri itu adalah cacat, tidak berasas dan kabur serta tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah.



Katanya, pertuduhan itu tidak mendedahkan butir-butir yang mencukupi mengenai kesalahan yang didakwa mengikut Akta SPRM 2009. Justeru, tertuduh tidak dapat menyediakan arahan selanjutnya kepada peguam yang mewakilinya.

Mahkamah Tinggi kemudiannya memerintahkan Muhyiddin dilepaskan dan dibebaskan daripada empat pertuduhan salah guna kuasa itu, yang masih belum selesai di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Muhyiddin, sebagai perdana menteri (ketika itu) didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Azman Yusoff bagi parti itu.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.



Selain empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan, Muhyiddin turut berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di Kuala Lumpur antara 25 Feb 2021 dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama. Mk

Muhyiddin mohon DNAA tiga tuduhan pengubahan wang haram



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker