Isteri Mawi terkejut dicaj RM1200 untuk makanan laut di gerai

Isteri Mawi terkejut dicaj RM1200 untuk makanan laut di gerai

JOHOR BAHRU: “Saya bukan pengunjung baharu, sebaliknya pernah makan bersama keluarga di gerai berbeza di medan selera sama, namun harga maksimum dikenakan adalah sehingga RM600 sahaja,” kata Ekin Rahmat yang juga isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi.

Ekin mengakui dia terkejut dengan harga dikenakan sebuah kedai makanan laut yang dikunjunginya di bandar raya ini bersama ahli keluarga pada 30 September lalu.

Beliau berkata, mereka terdiri daripada 12 dewasa, selain enam kanak-kanak yang berusia antara dua tahun hingga warga emas berusia 80-an.

Katanya, dia hanya memesan dua ekor ikan yang bersaiz sederhana dan beberapa menu makanan laut namun terkejut selepas melihat resit harga yang dikenakan kedai terbabit.

“Bayangkan tiga jar air termasuk air suam, oren dan tembikai dikenakan harga RM162.

“Malah ikan yang dimakan juga adalah bersaiz sederhana dan begitu juga dengan makanan laut lain termasuk udang dan ketam.

“Mereka juga tidak meletakkan tanda harga dan menyatakan hanya ikut harga pasaran, kebiasaannya gerai bersebelahan menimbang terlebih dahulu berat makanan laut dan memaklumkan harga sebelum memasak,” katanya.

Ekin berkata, dia yang bertindak berkongsi video kedai berkenaan dan gambar resit yang memaparkan harga berjumlah RM1,260 juga terkilan apabila ramai pengunjung turut berkongsi pengalaman kurang disenangi.

Menurutnya, harga berkenaan tidak sesuai dengan pengunjung tempatan terutama golongan berpendapatan sederhana.

Katanya, dia tiada niat untuk menjatuhkan perniagaan kedai terbabit sebaliknya, tujuannya berkongsi adalah untuk mendapatkan maklum balas netizen.

“Mungkin sasaran mereka adalah pelancong Singapura apabila mengenakan harga mahal hingga membebani pelanggan.

“Bayangkan pelanggan yang tidak membawa wang sebanyak itu bagaimana mahu menjelaskannya,” katanya.

Usaha menghubungi pengurusan gerai berkenaan bagaimanapun gagal apabila panggilan tidak dijawab.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Johor sedang meneliti dakwaan gerai berkenaan mengenakan bayaran RM1,200.

Beliau berkata, usaha pihaknya menjalankan siasatan di gerai berkenaan semalam gagal apabila ia ditutup.

“Penguat kuasa sudah tiga kali ke gerai itu semalam namun ia tidak beroperasi ketika itu, siasatan akan dilakukan hari ini bagi mendapatkan kesahihan video tular itu.

“Kita kena siasat kesahihan video tu, berapa ramai yang makan dan menu yang ditempah dengan harga dikenakan bagi mengenalpasti sama ada ia munasabah atau tidak.

“Pemilik restoran itu boleh diberi notis kompaun sekiranya tidak mempamerkan harga makanannya. Malah turut suatu kesalahan sekiranya harga yang dipaparkan berbeza dengan harga yang dikenakan,” katanya. BH

Isteri Mawi terkejut dicaj RM1200 untuk makanan laut di gerai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker