Polis jangan ikut arahan luar tabii – Awang Hashim

Ceramah PN kurang sambutan sebab polis ramai dakwa MP PAS

Polis jangan ikut arahan luar tabii – Awang Hashim

Pemimpin PAS terus menyalahkan kehadiran polis yang ramai telah menyebabkan pengundi takut untuk menghadiri ceramah anjuran PN di Pelangai.

Ahli Parlimen Pendang, Awang Solahuddin Hashim berkata pihak berkuasa tidak perlu risau dengan ancaman di ceramah yang dianjurkan PN kerana mereka sentiasa mematuhi peraturan.

“Program-program ceramah PAS sekarang ini tidak adalah ganggu-gugat, kacau-bilau, baling kerusi macam puak sebelah sana tu kami disiplin, kami patuh pada undang-undang,” katanya ketika berceramah di Dataran Purnama Simpang Pelangai, dekat Bentong, malam tadi.

Pun begitu, Awang tidak memperincikan siapa ‘puak sebelah sana dalam kejadian baling kerusi yang dimaksudkannya itu.

“Itu saya sebut tadi pada pilihan raya enam negeri baru-baru ini kita buat khemah macam ini (di Pelangai) polis masuk dalam khemah penuh.

“Saya kata (kita) buat khemah ni untuk orang mari dengar (ceramah)…saya kata kalau macam ni orang tak masuklah orang takut.


Ada nampak polis dalam khemah? Kalau dah tak dapat sambutan, jangan salahkan polis.

“Polis boleh ambik gambar, boleh bertugas, jaga keselamatan tapi duduk luar khemah…khemah ni untuk pengundi-pengundi, pendengar ceramah.

“Itu yang kita tegur bukan larang, itu tugas kamu bertugaslah (untuk) siapa jadi kerajaan hari ini, untuk diikut tapi tengoklah arahan sama, jangan arahan luar tabii pun nak ikut arahan songsang pun tak boleh,” katanya. Mk

Polis jangan ikut arahan luar tabii – Awang Hashim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker