Empat sekeluarga hilang di Pulau Perhentian selamat pulang ke rumah
Empat sekeluarga yang sebelum ini dilaporkan ‘hilang’ selepas gagal dihubungi ketika bercuti di Pulau Perhentian di sini selamat pulang ke pangkuan keluarganya di Kluang, Johor.
Suraidah Abdul Ghani, 52 bersama dua cucu, Sasa Alesha Mohd Saiful 7 dan Ahamad Dhani Mohd Saiful, 4 serta seorang anak lelakinya, Mohamad Aiman Rafee, 21 dikatakan telah sampai ke rumahnya pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, perkembangan terkini mangsa telah dimaklumkan oleh ahli keluarga.
“Pihak polis menerima maklumat daripada pihak keluarga yang mengesahkan mereka berempat telah selamat sampai di Kluang, Johor.
“Perkembangan lanjut tidak dapat diberikan kerana setakat ini pihak keluarga mangsa tidak dapat dihubungi polis,” katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Sebelum itu, polis mengesahkan menerima laporan empat sekeluarga yang dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian di sini.
Beliau berkata, laporan berhubung kehilangan mangsa dibuat ahli keluarganya pada Isnin setelah mereka gagal dikesan sejak 30 September.
Menurut Abdul Rozak, siasatan di lokasi percutian itu mendapati empat sekeluarga itu telah ke Pulau Perhentian pada 29 September lalu dan telah menginap di Senja Bay Resort sebelum mendaftar keluar jam 8 pagi pada 1 Oktober lalu.
“Pengendali bot ketika mereka menyertai aktiviti snorkeling memberitahu telefon bimbit Suraidah dan Mohamad Aiman telah terkena air dan tidak dapat diaktifkan.
“Mereka telah menaiki bot kira-kira jam 8 pagi dan tiba di jeti Kuala Besut sekitar jam 9 pagi sebelum kenderaan mereka dikesan meninggalkan kawasan itu pada 1 Oktober lalu,” katanya.
Pada Isnin, tular hantaran oleh seorang pemilik akaun Facebook yang bimbang mengenai kehilangan dua anak, ibu serta adik lelakinya yang gagal dihubungi sejak Sabtu lalu.
Hantaran dikongsikan melalui akaun Facebook Ah Pek itu mendapat 28,000 perkongsian, 3,800 komen dan 10,000 reaksi daripada netizen yang prihatin dengan situasi tersebut.
Sumber: SINAR
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tribute To Mael, XPDC ‘mengamuk’ di Singapura
- Meet Uncle Hussain angkut Cliff Umar dan Hazama masuk DFP
- Suami Noniswara meninggal dunia
- Mahkamah tolak permohonan Mahathir arah Anwar kemuka dokumen
- GV10 : Cliff Umar, Suki Low tersingkir awal
- Arnab Kangkang Dania, kena cuba
- Azeem usah terlepas pandang Lalu Muhammad Zohri
- Anak lemas jatuh kolam pancing, bapa menangis menyesal tidak terhingga
- Harta saya bernilai RM2.3 billion tidak diperlukan oleh anak-anak – Mick Jagger
- Zahid ‘Pulang paku buah keras’ pada PAS
- “Kaki saya saiz 11,” Kak KM cabar ‘penyodol’ agar cuba sondol suaminya
- Anak jururawat maut ditikam mencari ibunya
- Lepas kecoh, Marissa buat video tutorial mekap pula
- Zara Zya sudahlah cantik, baik hati pula
- Nabil perjelas isu Mamat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik
Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam