PM ikrar tangai isu beras sebaik mungkin
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan tidak berpeluk tubuh, sebaliknya akan bergerak dengan segenap akal dan bertiwikrama (berusaha sedaya upaya) untuk meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga beras global ketika ini.
Katanya, ini termasuk menerusi beberapa langkah intervensi diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu hari ini, bagi meredakan kebimbangan rakyat berhubung kenaikan harga beras putih import dan peningkatan permintaan terhadap beras putih tempatan di pasaran.
“Saya telah mengadakan pertemuan dengan menteri pertanian dan keterjaminan makanan di pejabat saya bagi berbincang dan mendapatkan penyelesaian berhubung situasi beras negara.
“Diharap langkah ini akan dapat membantu meringankan beban yang dihadapi. Insya-Allah,” katanya di Facebook.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata, kerajaan perpaduan prihatin akan isu semasa khususnya apabila rakyat ingin mendapatkan jaminan bekalan beras putih tempatan dan harga beras putih import.
“Kendatipun, saya amat peka dan mendengar segala keluh kesah yang dibangkitkan rakyat ekoran kenaikan harga beras putih import di pasaran ekoran kenaikan harga beras global,” katanya.
Menurut Anwar, fenomena kenaikan harga beras bukan hanya berlaku di Malaysia malah melibatkan negara serantau susulan tindakan 19 negara yang mengehadkan eksport beras untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri.
Terdahulu, Mohamad dalam sidang media khas berkata perdana menteri bersetuju empat langkah intervensi tambahan dilaksanakan bagi menangani isu bekalan beras dalam negara.
Antara langkah tersebut adalah mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) meningkatkan pengedaran beras putih tempatan ke kawasan luar bandar termasuk di kedai runcit, dengan kerajaan akan menyalurkan kos pengangkutan kepada badan itu.
Bagi Sabah dan Sarawak, Mohamad berkata kerajaan bersetuju memberikan subsidi RM950 setiap tan metrik bagi beras putih import mulai 5 Okt, dengan langkah itu membolehkan BPI diperoleh dengan harga runcit RM31 bagi setiap 10kg.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tribute To Mael, XPDC ‘mengamuk’ di Singapura
- Meet Uncle Hussain angkut Cliff Umar dan Hazama masuk DFP
- Suami Noniswara meninggal dunia
- Mahkamah tolak permohonan Mahathir arah Anwar kemuka dokumen
- GV10 : Cliff Umar, Suki Low tersingkir awal
- Arnab Kangkang Dania, kena cuba
- Azeem usah terlepas pandang Lalu Muhammad Zohri
- Anak lemas jatuh kolam pancing, bapa menangis menyesal tidak terhingga
- Harta saya bernilai RM2.3 billion tidak diperlukan oleh anak-anak – Mick Jagger
- Zahid ‘Pulang paku buah keras’ pada PAS
- “Kaki saya saiz 11,” Kak KM cabar ‘penyodol’ agar cuba sondol suaminya
- Anak jururawat maut ditikam mencari ibunya
- Lepas kecoh, Marissa buat video tutorial mekap pula
- Zara Zya sudahlah cantik, baik hati pula
- Nabil perjelas isu Mamat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik