Indonesia tidak mengaku jerebu di Malaysia berpunca daripada mereka

Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia menafikan dakwaan jerebu yang berlaku di Malaysia berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah yang melanda republik itu.

Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan, Siti Nurbaya Bakar dalam kenyataan rasmi di Jakarta, hari ini berkata dakwaan Malaysia itu adalah tidak benar.

“Kita terus mengikuti perkembangan dan tidak ada jerebu rentas sempadan ke Malaysia,” katanya.



Berhubung imej peta jerebu rentas sempadan, Siti berkata pihaknya menerima laporan dari Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) dan Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) dari 28 hingga 30 Sept, sehingga semalam pada 4 petang waktu Indonesia Barat.

Menurutnya, berdasarkan hasil pemantauan ASMC, jerebu dikesan sejak beberapa hari lalu secara sederhana dan tertumpu di beberapa kawasan di Sumatera dan Kalimantan.

ASMC ialah program kerjasama serantau di kalangan Perkhidmatan Meteorologi Negara (NMS) negara anggota ASEAN dan berada di bawah Perkhidmatan Meteorologi Singapura.

Sementara itu, kata Siti Nurbaya, data BMKG berdasarkan pemantauan satelit menunjukkan imej taburan jerebu di Indonesia, yang dikesan selama tiga hari di beberapa kawasan di Sumatera dan Kalimantan.



Menurutnya, arah angin di Indonesia umumnya dari Tenggara ke Barat Laut-Timur Laut.

“Jadi jelas, kedua-duanya menyatakan tiada jerebu rentas sempadan,” katanya.

Sementara itu Siti Nurbaya berkata sebanyak 203 syarikat diberi amaran dan 20 lagi diarah menghentikan operasi kerana melakukan pembakaran termasuk syarikat dari Malaysia.

“Menteri Siti menegaskan pemerintah terus bekerja keras untuk mengatasi hal ini,” kata kenyataan itu.



Terdahulu, tahap kualiti udara tidak sihat direkodkan di 14 kawasan di Semenanjung Malaysia, menurut indeks pencemaran udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar.

Semua kawasan di Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka yang di bawah pemantauan merekodkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu melebihi 101 setakat 12 tengah hari ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker