Polis pukul wanita, anggota terlibat disiasat
Polis membuka kertas siasatan tatatertib susulan video tular di media sosial mendakwa seorang wanita dipukul anggota polis.
Timbalan Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi, berkata pihaknya mengesan video itu yang dimuat naik di Instagram semalam yang memaparkan seorang wanita dikatakan dipukul seorang penjawat awam namun lokasi, tarikh dan tempat kejadian tidak diketahui.
“Hasil semakan polis mendapati penjawat awam itu merupakan seorang anggota polis bertugas di kontinjen Selangor dan sedang menjalani cuti sakit disebabkan lumpuh separuh badan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata hasil semakan juga mendapati kejadian dalam video itu adalah video lama yang ditularkan semula.
“Polis Selangor membuka kertas siasatan dan masih menjalankan siasatan memandangkan tiada laporan dibuat berhubung kejadian itu,” katanya.
Sasikala berkata, polis ingin menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama melibatkan anggotanya serta akan mengikuti peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Orang bukan Islam dengan al-Quran
- Reaksi positif diplomat di New York bercanggah dakwaan Sanusi di Pelangai
- GV10: Cliff Umar hampir tersingkir minggu pertama
- Munafik Hunter perjuangan Caprice
- Ceramah Tuan Ibrahim di Felda Chemomoi tidak dapat sambutan
- GV10: Peluang kedua peserta hotseats
- PAS pernah puji DAP kerana baca al-Quran
- Radzi Jidin akan dipanggil menghadap SPRM
- Pemuda Umno nafi protes calon BN di Pelangai
- Hulk Hogan kahwin lagi
- Beyounce dikaitkan dengan PAS
- ‘Event RXZ’ tenang, motosikal besar kecoh bergaduh [VIDEO]
- Radzi Jidin maklumkan isteri keturunan ulama besar
- Fify nafi seorang ‘playgirl’
- Pentas Gegar Vaganza GV10 dipanaskan oleh Jihan Muse, Nabil dan Elly Mazlein
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit
Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah
You must be logged in to post a comment.