Anna Jobling, Amir Ahnaf berbalas ciuman tangan

Anna Jobling, Amir Ahnaf berbalas ciuman tangan

NAMPAKNYA ramai yang ‘makan hati’ bahkan ada yang remuk jiwa melihat aksi romantis aktres Anna Jobling ‘bermesra-mesraan’ dengan pelakon digilai ramai, Amir Ahnaf.

Mana tidaknya apabila kedua-dua pasangan itu saling berbalas ciuman. Tapi bukan di bibir tau, cuma di tangan sahaja.



Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram peminat Anna, tular sebuah video yang diambil daripada potongan babak dalam drama berjudul Syurga Itu Bukan Mudah.

Selepas ‘mengukir’ cinta bersama Meerqeen dalam drama Melur Untuk Firdaus, nampaknya selepas ini pelakon cantik itu bakal dipanaskan pula dengan cinta lokasi bersama Amir.

Malah, rata-rata lebih menyukai gandingan antara Anna dan Amir berbanding Meerqeen.

Diva yang tengok babak romantik mereka pun rasa cemburu! Kenapalah bukan tangan Diva yang dicium Amir.



Kalaulah jadi kenyataan, tak mandi seminggu pun Diva sanggup sebab sayang nak basuh ‘bekas’ ciuman pelakon muda dan kacak Projek: High Council itu.

Dengan wajah nakal tapi masih nampak naifnya, Diva percaya, Amir akan lama lagi dalam radar populariti. K Online

Anna Jobling, Amir Ahnaf berbalas ciuman tangan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker