Anwar Islamkan saudara baharu di New York

Anwar Islamkan saudara baharu di New York

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan proses lafaz syahadah seorang lelaki yang dikenali sebagai Andrew Vinals untuk memeluk Islam selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY), New York, Amerika Syarikat, hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau diminta oleh komuniti Islam di sana untuk menyempurnakan proses berkenaan.



“Usai solat Jumaat, saya diminta komuniti Islam di sini untuk menyempurnakan proses lafaz syahadah saudara Andrew Vinals yang berhasrat memeluk agama Islam,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Anwar muncul sebagai pemimpin asing pertama yang diberi penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat di ICCNY di depan 800 jemaah.

Ahli Parlimen Tambun tersebut berada di New York untuk menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Anwar berkata, melalui penghormatan tersebut, beliau dapat berkongsi mengenai pengalaman Malaysia dalam menguruskan masyarakat berbilang kaum dan agama, sekali gus dapat hidup rukun damai serta harmoni.



Malah, beliau turut menyeru umat Islam untuk mengukuhkan perpaduan dan menonjolkan hikmah serta memperoleh maklumat dan pengetahuan.

Anwar juga sempat menjelaskan mengenai konsep Madani yang diperkenal negara dan menyentuh tentang ancaman Islamofobia di seluruh dunia yang memerlukan kesepakatan umat untuk menoktahkannya.

Sementara itu, sumbangan naskah al-Quran turut disampaikan kepada pihak ICCNY oleh beliau sendiri untuk kegunaan komuniti Islam di sana. Utusan

Anwar Islamkan saudara baharu di New York



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai



Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?



Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker