10 tahun lagi Apek pakai seluar pendek ajar agama di masjid – Sanusi
Sanusi takutkan orang Islam di DUN Pelangai
10 tahun lagi Apek pakai seluar pendek ajar agama di masjid – Sanusi
Pengarah Pilihan Raya PN Sanusi Md Nor menggesa pengundi di Pelangai untuk menolak BN dan PH, bagi menyuarakan penentangan terhadap apa yang didakwanya sebagai liberalisme oleh kerajaan persekutuan.
Bercakap dalam ceramah di Felda Kemasul malam tadi, Sanusi membangkitkan langkah Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee yang memetik terjemahan sepotong ayat al-Quran baru-baru ini.
Dia berkata perkara itu hanya boleh berlaku kerana Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.
“Dosa liberalisme yang berkembang dan mempengaruhi anak-anak kita ditanggung Zahid. Zahid dapat jadi presiden Umno kerana diangkat (perwakilan parti yang memilihnya).
“Jika tuan-tuan dan puan-puan nak hentikan dosa ini, naikkan PN. Hentikan kegilaan Zahid dan Anwar. Hentikan (mereka untuk) meliberalkan semua benda di dunia ini kerana gila kuasa mereka.
“Sekarang tak nampak (kesan) lagi, (tapi) sepuluh tahun akan datang, apek pakai seluar pendek yang mengajar al-Quran di masjid,” dakwanya kepada beberapa ratus hadirin.
Sanusi merujuk insiden minggu lalu di mana Lee memetik terjemahan sebahagian daripada ayat 59 surah an-Nisaa’ dan mengaitkannya dengan usaha PAS dalam melawan kerajaan.
Lee merujuk sebahagian ayat 59 surah an-Nisaa’ yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.”
Beberapa laporan dibuat terhadap video itu dan polis memulakan siasatan terhadap ahli parlimen DAP itu.
Sanusi berkata tindakan Lee itu adalah satu penghinaan kerana dia bukan beragama Islam dan tiada kepakaran dalam menafsirkan al-Quran.
Dia membangkitkan tindakan ahli politik bukan Islam di Indonesia Basuki Tjahaja Purnama, atau lebih dikenali sebagai Ahok, yang turut memetik ayat al-Quran ketika kempen pilihan raya pada 2016.
Katanya lagi, tindakan itu telah mencetuskan bantahan di Indonesia dan bekas gabenor itu kemudian dijatuhkan hukuman penjara.
“Di Malaysia, zaman Anwar jadi perdana menteri (sebaliknya berlaku). Ada seorang ustaz tegur, dia kena panggil polis. Ini yang nak marah,” katanya.
“Jangan beri BN menang. Jika tidak, ia beri isyarat kepada Anwar dan pengikutnya yang apa mereka buat ini betul,” katanya lagi. Mkini
10 tahun lagi Apek pakai seluar pendek ajar agama di masjid – Sanusi
Baca Artikel Menarik:
- Ibarat beri kereta kepada monyet – TMJ
- Lelaki onani atas motosikal ditahan polis
- Muhyiddin semakin hilang peranan tertinggi dalam PN
- Saya bukan penyondol – Linda AF
- Turun dan lihat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import – Dr Akmal
- Erma beri amaran kepada Nabila Huda
- Radzi kena bertaubat lakukan qazaf – Khairuddin
- Ada suami minta cerai sebab isteri masak kurang garam
- Minyak masak berbotol jatuh dari langit, rezeki bergolek buat pengguna jalan raya [VIDEO]
- Menteri agama bidas Radzi Jidin buat tuduhan liwat atas PM
- Waris mangsa kemalangan maut saman Google Maps
- Bukan Sofyank – Mia Sara
- Pencen ahli politik perlu dimansuhkan dan ganti caruman KWSP
- Terkejut tengok bil, wanita Jepun panggil polis
- Isteri meninggal selepas sehari suami maut kemalangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai