‘Bodyguard’ menyamar polis, tayang pistol ditahan

‘Bodyguard’ menyamar polis, tayang pistol ditahan

Seorang pengawal peribadi ditahan kerana disyaki menyamar sebagai polis dan mengugut pengawal keselamatan sebuah kawasan perumahan di Bandar Sungai Long, Kajang di sini, semalam.

Suspek berusia 26 tahun itu ditahan selepas polis menerima aduan pengawal keselamatan berusia 46 tahun terbabit, jam 7.11 malam.



Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam Rabu lalu ketika suspek hendak masuk ke kawasan perumahan itu untuk bertemu teman wanitanya.

Katanya, pengadu meminta lesen memandu suspek untuk didaftarkan sebagai pelawat, namun suspek enggan memberikan kerjasama.

“Suspek yang tidak berpuas hati apabila diminta lesen memandu berulang kali memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis.

“Apabila pengadu tidak percaya perkara itu, suspek membuka pintu kereta dan menunjukkan sepucuk pistol yang terselit di pinggang dan mendakwa dia anggota polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, suspek turut memarahi pengadu dengan kata-kata kesat dan berbaur ugutan.

Pengadu yang berasa takut terpaksa membenarkan suspek masuk ke dalam kawasan perumahan itu.

Susulan aduan pengadu, sepasukan anggota Cawangan Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang membuat tangkapan ke atas suspek.

“Polis merampas sepucuk pistol bersama 10 butir peluru hidup. Siasatan mendapati suspek bekerja sebagai pengawal peribadi dengan sebuah syarikat kawalan keselamatan.



“Suspek didapati memiliki surat kebenaran membawa dan menggunakan senjata dan peluru yang dikeluarkan untuk tujuan penugasan dengan syarikat kawalan keselamatan itu,” katanya.

Mohd Zaid berkata, semakan juga mendapati suspek tiada sebarang rekod jenayah lalu dan ujian saringan air kencing ke atasnya negatif.

“Suspek direman empat hari sehingga 25 September ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah) dan Seksyen 170 akta sama (menyamar penjawat awam).

“Siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.



Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor K Suresh di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan. BH

‘Bodyguard’ menyamar polis, tayang pistol ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker