Bayi dirampas Hospital Lahad Datu, Dr Zaliha akan siasat
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata kementeriannya sedang menyiasat dakwaan bayi yang baru lahir telah “dirampas” daripada ibu mereka yang tiada kerakyatan di sebuah hospital kerajaan di Sabah.
Katanya, kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku di mana-mana kemudahan perubatan di negara ini dan Kementerian Kesihatan akan menyusul laporan polis yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) untuk menafikan dakwaan itu.
Pada hujung minggu lalu, Pengarah JKNS Dr Asits Sanna berkata jabatan itu telah melancarkan siasatan pantas sebagai tindak balas terhadap laporan Malaysiakini bertajuk “Baby snatching: How stateless mums lose their infants in Sabah hospital,” yang diterbitkan pada hari Jumaat.
Dr Asits mendakwa JKNS mendapati dakwaan itu tidak benar dan tiada kejadian sedemikian berlaku di mana-mana hospital kerajaan di negeri ini.
JKNS kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.
Bagaimanapun, Zaliha hari ini berkata siasatan berasingan terhadap dakwaan itu sedang dijalankan.
“Terdapat banyak peringkat siasatan dan ibu pejabat Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berasingan terhadap dakwaan ini.
“Ini adalah sesuatu yang sangat serius dan saya memandang serius jika dakwaan itu benar,” katanya kepada Malaysiakini.
Zaliha berkata dia akan ke Lahad Datu untuk bercakap dengan kakitangan hospital dan pesakit.
“Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk turun menemui kakitangan dan pesakit. Kami benar-benar perlu memastikan perkara ini tidak berlaku pada masa hadapan jika ia telah berlaku.
“Pasukan kami dari ibu pejabat KKM sedang menjalankan siasatan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Asmayani Khalib,” jelasnya lagi.
Malaysiakini pada laporannya merekodkan beberapa kes wanita tanpa kerakyatan telah kehilangan bayi mereka atau diancam akan kehilangan terhadap hak penjagaan anak mereka, yang dirawat di Hospital Lahad Datu.
Dalam satu kes, siasatan hospital mendapati seorang ibu membunuh diri bersama bayinya selepas dia diberitahu bayinya yang berusia lima bulan akan diambil.
Ibu muda itu ditekan menjelaskan bil hospital yang besar untuk rawatan bayinya berusia lima bulan selepas 11 hari berada di wad akibat jangkitan bakteria dan keluarga Orang Asal etnik Bajau Laut tersebut tidak mampu membayar bil hospital.
Komuniti tanpa kerakyatan tidak mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan bersubsidi dan mesti membayar pendahuluan untuk pendaftaran, ujian dan rawatan di kemudahan penjagaan kesihatan awam, selalunya berjumlah ribuan ringgit.
Mengenai dakwaan aktivis kanak-kanak Hartini Zainuddin bahawa kejadian serupa berlaku di Semenanjung Malaysia, Zaleha enggan mengulas tetapi berkata kementerian akan menyiasat aduan yang dibuat.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Irmohizam rakyat Malaysia pertama dipilih Ahli Lembaga WTCA
- Shah Rukh Khan cucuk alat sulit
- Beras import pada harga beras tempatan
- Gali semula kubur bayi selepas dengar tangisan
- Puteri Zarith fail penceraian
- Saifuddin jawab saman Sanusi
- Ini sebab Diana rujuk semula dengan Farid
- Nelydia Senrose free hair di Thailand?
- Jakim tidak terbabit gugurkan nama Ustazah Norhafizah
- Ebit Lew disiasat polis
- Pegawai pihak berkuasa tempatan ditangkap berkhalwat dengan isteri orang
- Tiga wanita seksi menari dangdut depan surau
- Ucap selamat datang bulan Maulidur Rasul, Mondy dikecam netizen
- 3 Mahasiswa cedera ditikam
- Caprice minta Ebit Lew hantar saman segera
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.