Jenazah Taib Mahmud selamat tiba di Kuching

Jenazah Taib Mahmud selamat tiba di Kuching

KUCHING – Istiadat penuh ketenteraan menyambut ketibaan jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di balai ketibaan VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sebentar tadi.

Jenazah Tun Taib yang diterbangkan menggunakan Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Charlie 130 Hercules dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang tiba kira-kira jam 4.30 petang, selepas diberi penghormatan terakhir oleh pemimpin-pemimpin negara di Masjid Negara, Kuala Lumpur.



Mengiringi jenazah Allahyarham ialah isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan keempat-empat anaknya, Jamilah Hamidah Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib dan Hanifah Hajar Taib serta ahli-ahli keluarga yang lain.

Turut hadir menyambut ketibaan jenazah Tun Taib ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, timbalan-timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta kenamaan-kenamaan lain.

Jenazah Tun Taib seterusnya dibawa ke rumahnya di Demak Jaya, Jalan Bako.

Jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok untuk memberi peluang kepada rakyat jelata memberi penghormatan terakhir mulai jam 8 hingga 12 tengahari.



Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Demak untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan Istiadat Pengkebumian Negeri di perkuburan keluarganya di Demak Jaya.

Allahyarham Tun Taib menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.28 pagi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) pada usia 87 tahun. K Online

Jenazah Taib Mahmud selamat tiba di Kuching

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks



Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker