MB Kelantan jangan mudah koyak

MB Kelantan jangan mudah koyak

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd. Syahbuddin Hasim mengingatkan supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud supaya jangan mudah ‘koyak’ sebagaimana pesanan yang titipkan kepada beliau sebelum ini.

Mohd. Syahbuddin berkata, pesanan itu dititipkan selepas beliau bertindak menyaman pemimpin tertinggi kerajaan negeri itu selepas melabelnya bersama ADUN Kota Lama sebagai kumpulan yang melawan perjuangan Islam.



“Berkait dengan saman oleh Menteri Besar kepada saya, perkara itu sudah serahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut.

“Peguam saya telah menerima surat saman itu pada Isnin lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud mengemukakan saman ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas dan Kota Lama berkait fitnah yang mengatakan beliau membawa fitrah takfiri.

Katanya, beliau akan menghantar surat kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakob.



Sementara itu, Dr. Hafidzah ketika dihubungi berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut.

Katanya, fokus utama beliau ketika ini adalah untuk membantu rakyat dan melaksanakan tugas sebagai ADUN.

Sebelum ini Mohd. Syahbuddin dan Dr. Hafidzah menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Mohd. Nassuruddin Daud yang melabelkan mereka sebagai melawan perjuangan Islam.

Kedua-dua wakil itu turut meminta ADUN Meranti memohon maaf kepada semua pengundi di Galas dan Kota Lama yang telah menyokong BN (10,742) dan PH (9,691) di kawasan berkenaan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.



Terdahulu Mohd. Nassaruddin melabelkan kemenangan gabungan BN dan PH di Galas serta Kota Lama sebagai melawan perjuangan Islam semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu, di sini.

Ucapan ADUN Meranti itu kemudian tular sehingga menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan warganet di laman sosial. Utusan

MB Kelantan jangan mudah koyak

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin

Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)



Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula

Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker