Dr Akmal ‘tibai’ Muhyiddin

Kes Guan Eng bermoral atau tidak, Akmal tanya Muhyiddin

Dr Akmal ‘tibai’ Muhyiddin

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menempelak sikap dwistandard Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perkembangan terkini kes Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau membangkitkan kembali apa yang berlaku semasa Muhyiddin menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dahulu.



Dr Akmal mempersoalkan sama ada keputusan mahkamah melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo pada 3 September 2018 bermoral atau sebaliknya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, keputusan tersebut telah mengejutkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seluruh negara.

“Kalau orang lain tidak bermoral, kalau kena kat diri sendiri keadilan ditegakkan.

“Kes Datuk Seri Najib Razak didakwa walaupun tidak mempunyai bukti yang kukuh ketika Tan Sri menjadi menteri kerajaan, itu bermoral ataupun tidak?” soalnya dalam hantaran Facebook hari ini.



Semalam Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri mendakwa, tindakan Peguam Negara menggunakan kuasanya mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan bagi menarik balik 47 pertuduhan jenayah terhadap Ahmad Zahid adalah sesuatu yang tidak bermoral.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Pada masa yang sama, Dr Akmal meminta Muhyiddin memberikan penjelasan berhubung dakwaan menantunya, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan melarikan diri daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Anak menantu melarikan diri untuk disoal siasat itu bermoral juga ke Tan Sri?” soalnya. MG



Dr Akmal ‘tibai’ Muhyiddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin



Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)

Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula



Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker