Tengku Zafrul kunci mulut

Tengku Zafrul kunci mulut

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengambil pendekatan ‘mengunci mulut’ berhubung spekulasi yang mengaitkan namanya sebagai calon bagi jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Tengku Zafrul ketika dihubungi BH Sukan enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Maaf, saya tiada komen mengenai perkara ini,” kata Tengku Zafrul yang juga bekas Menteri Kewangan.

Selain Tengku Zafrul, nama bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut dikaitkan untuk menduduki kerusi nombor satu BAM.

Tidak menafikan dan mengiyakan mengenai spekulasi mengaitkan Tengku Zafrul dan Khairy, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebelum ini mengakui kedua-dua tokoh itu layak untuk menggantikan tempatnya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan semua keputusan hanya akan ditentukan oleh Ahli Majlis BAM nanti.

Spekulasi mengenai siapa calon bagi memimpin BAM mula hangat diperkatakan selepas Norza mengumumkan untuk meletak jawatan pada hujung tahun ini, lebih awal berbanding selepas tamat Sukan Olimpik Paris 2024.

Beberapa nama besar turut dikaitkan iaitu bekas Timbalan Presiden BAM, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid, bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Razali Ibrahim dan Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.

Namun, Al-Amin sudah menyatakan pendiriannya apabila mahu melihat tokoh baharu dan lebih segar menerajui badan induk itu.

“Saya rasa yang penting persatuan kena tengok ke depan. Cari nama atau orang baharulah. Saya ini dah kira ‘expired product’, dah pernah merasa beberapa jawatan seperti timbalan presiden, pemangku presiden.

“Jadi saya ingat, cukuplah… Saya sudah berhenti beberapa tahun (BAM), cukuplah dan bagilah nafas baharu,” katanya. BH

Tengku Zafrul kunci mulut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker