Sebab Zahid hanya dilepas tanpa dibebaskan

Sebab Zahid hanya dilepas tanpa dibebaskan

Siasatan yang masih berjalan dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja menjadi asas keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya dibebaskan sepenuhnya daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Terdahulu, di awal prosiding hari ini, peguam bela, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, memohon Timbalan Perdana Menteri dibebaskan sepenuhnya selepas mahkamah dimaklumkan bahawa pendakwaan ingin memberhentikan prosiding kes berkenaan, yang memberi kesan Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan (DNAA).



Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, dalam keputusannya, berkata pendakwaan melalui Peguam Negara menjalankan kuasanya mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan memohon DNAA.

Beliau yang juga Hakim Mahkamah Rayuan, berkata beberapa alasan diberikan pendakwaan termasuk terdapat keperluan menyiasat tuduhan dengan lebih lanjut dan alasan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kandungan buku ‘My Story: Justice in The Wilderness’ oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Beliau berkata, oleh kerana siasatan masih dijalankan dan lanjutan daripada respresentasi yang dikemukakan pembelaan, adalah wajar bagi pihak pendakwaan memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti representasi yang membabitkan pihak berkuasa mengambil kenyataan daripada beberapa individu.

Katanya, walaupun penubuhan RCI tidak menyatakan garis masa dan bagaimana ia akan dilakukan, ia tidak menunjukkan bahawa kes terbabit sudah mencapai penamatnya.



Sequerah berkata, untuk rekod seramai 99 saksi pendakwaan dan 15 saksi pembelaan sudah dipanggil memberikan keterangan selepas Ahmad Zahid diperintahkan membela diri dalam perbicaraan bermula 18 November 2019.

Hakim itu berkata, beliau berpandangan bahawa pendakwaan sudah memberikan alasan kukuh mengapa mereka memohon supaya Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan.

“Atas alasan yang diberikan, mahkamah dengan ini membuat perintah pelepasan yang tidak terjumlah kepada pembebasan. .

“Sebelum saya menangguhkan prosiding, saya ingin menyatakan bahawa walaupun kuasa Peguam Negara, di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 CPC untuk memulakan dan menarik balik kes pada bila-bila masa sebelum penghakiman, tidak dipersoalkan.



“Sekiranya pihak pendakwaan memutuskan dalam masa terdekat bahawa mereka tidak akan meneruskan pertuduhan, banyak masa kehakiman yang berharga dan sejumlah besar wang pembayar cukai akan dapat dijimatkan. Dengan ini saya menangguhkan prosiding, ” katanya. BH

Sebab Zahid hanya dilepas tanpa dibebaskan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?



Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker