Kamal jangan cakap besar – Uqasha

Kamal jangan cakap besar – Uqasha

KECOH dengan isu poligami, pelakon Kamal Adli menganggap isterinya iaitu aktres Uqasha Senrose sudah cukup untuk melengkapi hidupnya.

Kamal yang membuat siaran langsung di laman sosial baru-baru ini berkata isterinya itu sudah cukup membahagiakan dan dia tidak memerlukan wanita lain untuk dicintai.

“Cukup la satu… kenapa nak pasang dua, tiga dan empat? Satu ini pun dah membahagiakan, tak perlu la kita nak tambah lain.

“Cukup la satu ini untuk dihargai, dicintai, disayangi, digaduhi, dimanjani.

“Nak berlawan pantun pun dekat seorang saja, tak payah ada dua atau tiga. Insya-Allah,” kata Kamal.

Uqasha yang turut berada dalam sesi itu bagaimanapun menasihati suaminya agar tidak bercakap berlebihan kerana bimbang kata-kata itu akan berbalik kepada mereka.

“Tak apa la, itu kehidupan orang… biarlah. Jangan cakap besar, kang tiba-tiba Allah uji. Saya tak nak cakap, sebab takut berbalik pada kita,” kata Uqasha.

Dalam pada itu, Kamal memberitahu dia hanya menjawab persoalan daripada netizen yang mengaitkan kontroversi Abang Tesla yang berkahwin dua.

“Sebenarnya saya tak tahu langsung kes Abang Tesla. Muka Abang Tesla tak tahu, muka isteri dia pun tak tahu,” ujarnya.

Untuk info, Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengejutkan peminat apabila mengumumkan mereka telah selamat bergelar suami isteri pada 5 November 2021. Gempak

Kamal jangan cakap besar – Uqasha

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker