Dr Hafidzah saman Nassuruddin

Dr Hafidzah saman Nassuruddin

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim menyerahkan tuntutan saman ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud kepada pihak peguam untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, tindakan itu susulan Mohd Nassuruddin yang juga ADUN Meranti tidak membuat permohonan maaf sebagaimana dituntut berhubung kenyataan yang melabelkan beliau dan ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hasyim sebagai kumpulan menentang perjuangan Islam.

“Tempoh tujuh hari sudah berlalu, saya telah menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk melaksanakan tindakan seterusnya.

“Kita tunggulah…,” katanya semasa sidang akhbar pada Isnin.

Sebelum itu Dr Hafidzah bersama Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor menjayakan Program Komunikasi Tindakan Setempat dan Sambutan Hari Kebangsaan di Pasar Kubang Pasu, di sini.

Mengulas lanjut mengenai tindakan saman itu, Dr Hafidzah berkata, beliau bertegas demi menjaga maruah dirinya sendiri dan tidak rela diberi gelaran apa-apa yang tidak benar.

“Rakyat perlu tahu mereka ada prinsip dan dengan semangat itu beliau akan masuk ke DUN dengan penuh keyakinan.

“Saya tidak mahu mewujudkan hubungan negatif dan semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Hafidzah yang juga Timbalan Pengerusi Wanita Pakatan Harapan (PH) memberitahu, pada asasnya beliau dan ADUN Galas sudah tahu tugas pembangkang walaupun hanya memperoleh dua kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Kami mahu memainkan peranan di Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk melaksanakan semak dan imbang,” katanya.

Beliau berkata, sebagai wakil rakyat pembangkang, mereka sangat mengalu-alukan pengumuman Menteri Besar Kelantan untuk memberikan peruntukan yang sama.

“Alhamdulillah itu menunjukkan tuntutan keadilan dalam Islam yang kita perjuangkan bersama sama.

“Cuma kita juga tidak mahu mana-mana pihak ambil kesempatan dan mengelirukan rakyat dengan tuduhan yang tidak benar,” katanya. – Sinar

Dr Hafidzah saman Nassuruddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker